SELAMAT HARI LAHIR YB HASNUL ZULKARNAIN

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-39 KEPADA PENAUNG PUBI PERAK, YB HASNUL ZULKARNAIN!

Seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Yang Berhormat Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munain selaku Pengerusi Jawatankuasa Multimedia, Komunikasi dan NGO Kerajaan Negeri Perak merangkap Penaung kepada PUBI Perak.

Kami mendoakan agar Yang Berhormat dipanjangkan umur, diluaskan rezeki, diberi kesihatan yang baik serta sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah SWT.

Jadilah pemimpin yang amanah serta berbakti kepada bangsa dan negara. Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


KUNJUNGAN TIDAK RASMI YB HASNUL ZULKARNAIN KE PEJABAT PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD

HUBUNGAN PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD DENGAN KERAJAAN NEGERI PERAK DIPERKUKUHKAN DEMI PEMBANGUNAN NGO DAN KOPERASI DI NEGERI PERAK INI

Terkini, pada 23hb Mei 2019 yang lalu, PUBI Perak telah menerima kunjungan tidak rasmi daripada YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Exco Multimedia, Komunikasi & NGO Negeri Perak.

Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah dan membuat lawatan tidak rasmi ke pejabat kami.

Sokongan yang padu ini serta semangat yang diberikan akan dimanfaatkan oleh pihak kami untuk meneruskan agenda di dalam usaha memartabatkan NGO di negeri Perak ini serta di dalam Sektor Pembangunan Usahawan terutamanya.

Insyallah..



KUNJUNGAN HORMAT PUBI PERAK KE PEJABAT YB HASNUL ZULKARNAIN

YB HASNUL ZULKARNAIN SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI, MEDIA, NGO & PEMBANGUNAN KOPERASI MENERIMA BAIK KUNJUGAN HORMAT DELIGRASI AJK PUBI PERAK

Hari ini, 31hb Mei 2018 adalah hari yang sangat bersejarah buat PUBI Perak kerana telah berjaya mengadakan perjumpaan rasmi dengan Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Hasnul Zulkarnain selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Media, NGO & Pembangunan Koperasi di Pejabat beliau di Bangunan SUK Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Baca Lanjut