YB HASNUL ZULKARNAIN SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI, MEDIA, NGO & PEMBANGUNAN KOPERASI MENERIMA BAIK KUNJUGAN HORMAT DELIGRASI AJK PUBI PERAK
Hari ini, 31hb Mei 2018 adalah hari yang sangat bersejarah buat PUBI Perak kerana telah berjaya mengadakan perjumpaan rasmi dengan Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Hasnul Zulkarnain selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Media, NGO & Pembangunan Koperasi di Pejabat beliau di Bangunan SUK Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Deligrasi Ahli Jawatankuasa PUBI Perak ini telah diketuai oleh Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Baha Bin Abd Rahman dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi PUBI Perak iaitu En Nor Adzman Bin Nali. Turut hadir adalah 8 orang barisan AJK bagi sesi 2016 – 2019 ini.
Alhamdulillah, perjumpaan yang sangat padat ini telah membincangkan hala tuju dan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Harapan secara khususnya di dalam usaha untuk memacu serta meningkatkan keupayaan kapasiti NGO di negeri Perak ini termasuklah PUBI Perak secara amnya.
En. Sharul selaku Pengerusi juga telah menyatakan sokongan dan bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan serta sanggup turun padang bagi membantu meringankan beban rakyat terutamanya golongan usahawan.
Pengerusi PUBI Perak juga meminta supaya diberi ruang dan peluang kepada NGO seperti PUBI Perak untuk membuka peluang-peluang peniagaan kepada rakyat atau menganjurkan ekspo-ekspo perniagaan yang mampu menjana pendapatan kepada rakyat terutamanya golongan peniaga jalanan mahupun pasar malam.
Selain itu Pengerusi PUBI Perak juga menyeru agar Kerajaan Negeri memberi bantuan dalam bentuk geran kepada NGO di negeri Perak bagi menjalankan aktiviti masing-masing dan di dalam masa yang sama boleh menjadi suara kepada kerajaan yang melaksanakan agenda perpaduan dan pembangunan di dalam Negeri mahupun di peringkat persekutuan.
YB Hasnul Zulkarnain sangat berbesar hati dan menerima pandangan ini dan sedaya upaya akan memenuhi hasrat NGO seperti PUBI Perak yang tidak dinafikan telah menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat serta menjadi perantara di antara rakyat dan kerajaan.
YB Hasnul Zulkarnain juga sangat terbuka untuk menerima cadangan yang baik demi kebaikan dan kebajikan rakyat di Negeri Perak ini. Selain NGO, melalui koperasi juga YB Hasnul menegaskan terdapat banyak peluang serta peruntukan telah disediakan dan sewajarnya koperasi-koperasi yang beroperasi di Negeri Perak harus mengambil kesempatan yang ada.
Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Hasnul Zulkarnain yang sudi menerima kunjungan hormat daripada deligrasi Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan berharap agar jurang di antara Kerajaan Negeri dan NGO di Negeri Perak ini dapat dikurangkan serta dapat dieratkan lagi pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI