SUKACITANYA AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK TELAHPUN MENLANCARKAN KEMPEN PROGRAM KEBAJIKAN TUNAS HARAPAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YANG SANGAT MEMERLUKAN!

Alhamdulilah, di atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan, Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk melancarkan kempennya yang terbaharu iaitu Program Kebajikan Tunas Harapan PUBI Perak di mana melalui program ini PUBI Perak akan membantu golongan yang sangat memerlukan terutamanya di kalangan Peniaga mahupun Usahawan yang ditimpa musibah termasuklah ahli keluarga mereka.

Konsep utama Program Kebajikan Tunas Harapan PUBI Perak ini adalah untuk membantu masyarakat terutamanya golongan peniaga atau usahawan yang ditimpa musibah. Selain itu masyarakat umum juga tidak ketinggalan dan akan turut dibantu dari masa ke semasa.

Ini adalah sebahagaian daripada usaha PUBI Perak bagi mencapai Visi & Misi serta objektif penubuhannya. Antara bantuan yang akan diberikan adalah termasuk pemberian kerusi roda, pemberian katil pesakit, bantuan kewangan kerana jatuh sakit, ubat-ubatan, kos rawatan, bantuan makanan, pakaian dan pelbagai lagi bantuan yang difikirkan sesuai dari masa ke semasa.

Kepada mereka yang ingin memohon bantuan ini anda bolehlah mengisi borang permohonan online melalui link di bawah ini;

Sila Klik Untuk Memohon

 

 

Insyallah kami di PUBI Perak akan berusaha untuk membantu anda mengikut keupayaan dan kemampuan kami. Kami juga menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada Tabung Kebajikan Tunas Harapan PUBI Perak bagi merealisasikan usaha ini.

Kepada yang ingin menyumbang boleh hubungi Ketua JK Kebajikan & Kerohanian iaitu Pn. Adah melalui talian 019-915 1990 atau klik untuk terus whatsapp Pn Adah

Anda juga boleh menderma terus melalui no akaun PUBI Perak seperti yang tertera di bawah ini.

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK
5582 7500 8858 (Maybank)