PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0 PERKESO PAKEJ KITA PRIHATIN PKS

INFO: PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0 PERKESO PAKEJ KITA PRIHATIN PKS

Berikut maklumat tambahan Program Subsidi Upah 2.0 PERKESO yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi melalui Pakej Kita Prihatin PKS. Selain itu, turut diumumkan BPN 2.0 dan GKP 2.0 sebagai bantuan tambahan di bawah Kita Prihatin.

Program ini diperkenalkan sebagai langkah Kerajaan membantu majikan mengekalkan pekerja sepanjang tempoh PKP. Untuk semak senarai majikan yang layak program ini, sila semak di sini.

Sebelum ini, Kerajaan hanya mempertuntukkan RM600 bagi setiap pekerja, namun hari ini subsidi upah dinaikkan kepada RM1,200 (bergantung kepada bilangan pekerja sesebuah syarikat).

Baca Lanjut

SEMAKAN BPN 2.0 DAN KADAR BANTUAN PRIHATIAN NASIONAL BARU

INFO: SEMAKAN BPN 2.0 DAN KADAR BANTUAN PRIHATIAN NASIONAL BARU

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan dana tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0. Semakan BPN 2.0 kini boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Menariknya, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini. Bagi yang tidak layak dan ingin memohon, anda boleh membuat permohonan baru bermula 15 Oktober 2020.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Baca Lanjut

GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN

GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN

Bagi anda yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0, semakan syarat kelayakan  boleh dibuat sebelum membuat PERMOHONAN BARU GERAN KHAS PRIHATIN.

Mengikut unjuran, 200,000 PKS MIKRO akan mendapat manfaat daripada GKP. GKP kini dibuka semula untuk permohonan bermula 1 Oktober 2020.

Perkara ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan BPN 2.0 dan Program Subsidi Upah 2.0.

Baca Lanjut

KOPUBI PERUNTUKAN RM100,000 UNTUK TABUNG USAHAWAN SEPANJANG 2020

TERKINI: KOPUBI PERUNTUKAN RM100,000 UNTUK TABUNG USAHAWAN SEPANJANG 2020

Tahukah anda Kopubi Perak Bhd telah memperuntukkan hampir RM100,000 dalam tempoh setahun bagi membantu anggota untuk memajukan perniagaan masing-masing.

Syukur, sejak awal tahun ini melalui Program Tabung Usahawan seramai 6 orang anggota dari pelbagai bidang keusahawanan telah diberi bantuan dari segi pembiayaan modal pusingan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan jumlah yang telah diperuntukkan adalah sebanyak hampir RM100,000.

Ya RM100,000!

Baca Lanjut