TERKINI: KOPUBI PERUNTUKAN RM100,000 UNTUK TABUNG USAHAWAN SEPANJANG 2020

Tahukah anda Kopubi Perak Bhd telah memperuntukkan hampir RM100,000 dalam tempoh setahun bagi membantu anggota untuk memajukan perniagaan masing-masing.

Syukur, sejak awal tahun ini melalui Program Tabung Usahawan seramai 6 orang anggota dari pelbagai bidang keusahawanan telah diberi bantuan dari segi pembiayaan modal pusingan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan jumlah yang telah diperuntukkan adalah sebanyak hampir RM100,000.

Ya RM100,000!

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perbincangan Bersama Wakil J&T Ekspress

Antara peniagaan atau projek yang telah diberi bantuan modal pembiayaan adalah;

  1. Projek Pembekalan Buah Strawbery Fresh dari Cameron Highlands
  2. Projek Pembekalan Elektrikal dan Kontraktor
  3. Projek Pembekalan Sampul Surat
  4. Projek Pembekalan Banting, Banner dan Media
  5. Projek Pembuatan dan Penjualan Minyak Bidara
  6. Projek Ternakan Kambing

Melalui pembiayaan modal dari Tabung Usahawan ini, usahawan-usahawan tersebut telah dapat mengembangkan perniagaan masing-masing disamping mencakna ekonomi KOPUBI Perak Bhd serta memberi pulangan pelaburan yang tinggi kepada kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak mendapat kebaikan bersama dan kedua-dua pihak akan mendapat limpahan ekonomi yang saksama.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-2 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama UTC Perak, sebuah majlia ringkas penyerahan replika bantuan tabung usahawan kepada 6 orang anggota koperasi (seorang tidak hadir) telah diadakan di mana Pengerusi Kopeasi En. Sharul Rahman diberi penghormatan untuk menyerpurnakan majlis itu diiringi oleh Tuan Abu Naufal (Kudus Alie Novel) selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

En. Sharul Rahman meyambaikan Replika Tabung Usahawan KOPUBI Perak Bhd kepada salah seorang penerima Bantuan Pembiayaan Pusingan Modal Tabung Usahawan KOPUBI Perak Bhd.

Turut berlangsung pada mesyuarat agung tersebut adalah majlis penyerahan sumbangan khairat kematian kepada waris anggota koperasi yang telah meninggal dunia.

Semoga dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak serta akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang terunggul di Negeri Perak.

Selain itu ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.

Mari semua sertai kami sebagai SEBUAH KELUARGA YANG BESAR. Insyallah..

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..”

En. Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus
Timbalan Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

PENDAFTARAN KEANGGOTAAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD KINI TELAH DIBUKA! SESIAPA SAHAJA BOLEH JOIN KOPUBI PERAK BHD TIDAK KIRA LATAR BELAKANG KERJAYA, AGAMA DAN JUGA BANGSA!

Jom sertai sekarang! Siapa yang layak sertai Koperasi KOPUBI Perak Berhad :

✅ Usahawan
✅ Bakal Usahawan
✅ Pekerja swasta
✅ Kakitangan awam
✅ Pesara / Pencen
✅ Sesiapa sahaja berumur 18 tahun ke atas

Kepada seluruh warga yang tinggal di negeri Perak atau mempunyai alamat tempat tinggal di Perak yang berminat untuk mendapatkan manfaat-manfaat yang ditawarkan oleh Koperasi KOPUBI Perak Bhd boleh terus mendaftar secara online sekarang juga.

Berikut adalah manfaat UTAMA yang ditawarkan kepada anda sebagai anggota KOPUBI Perak Bhd;

✔ Pulangan dividen (%) yang tinggi (10% bagi tahun 2019)
✔ Pemilikan syer saham sehingga 72 unit setiap anggota
✔ Manfaat khairat kematian kepada anggota, pasangan, anak-anak dan juga ibubapa anggota
✔ Insentif bantuan persekolahan anak-anak Anggota
✔ Insentif anugerah kecemerlangan intelek anak-anak Anggota
✔ Pembiayaan Mikro-kredit & Pinjaman kecemasan (maksima RM5,000)
✔ Tabung Modal Usahawan (maksima RM20,000)
✔ Peluang penerokaan ruang pelaburan yang pelbagai & baharu melalui gerakan koperasi di Malaysia

*MANFAAT YANG DITAWARKAN DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN DAN AKAN BERUBAH MENGIKUT KESESUAIAN DARI SEMASA KE SEMASA

PERNIAGAAN DAN PROJEK YANG DIJALANKAN OLEH KOPUBI PERAK BHD ADALAH SEPERTI BERIKUT;

✔ Pembiayaan Peribadi Bai’ Al-Inah
✔ Projek kontrak pembekalan serta kontrak pembinaan
✔ Projek Pemasaran produk mesra alam ‘Biodegradable’
✔ Pelaburan di dalam bidang Hartanah
✔ Pelaburan di dalam bidang Perladangan
✔ Menjalankan Program Latihan, Kursus dan Seminar
✔ Menganjurkan Pasar Malam dan Bazaar Ramadhan
✔ ‘Premium Courier Point’ J&T Express

Selain itu juga, setiap anggota KOPUBI Perak Bhd yang berdaftar juga akan menerima sijil saham koperasi serta LAYAK untuk hadir ke program-program anjuran koperasi yang sangat ekslusif dan PERCUMA seperti Mesyuarat Agung Tahunan, Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan ibu tunggal, Program Temu Rapat serta bermacam-macam program khas yang dijalankan khas untuk Anggota KOPUBI Perak Bhd!

JOM KITA DAFTAR SECARA ONLINE PADA HARI INI JUGA! Sebarang pertanyaan boleh wasap kami –> www.wasap.my/+601165683924/Daftar+KOPUBI