PERMOHONAN BARU STR 2023 & KEMASKINI MAKLUMAT PEMOHON

INFO – PERMOHONAN BARU STR 2023 & KEMASKINI MAKLUMAT PEMOHON

Difahamkan mulai 15 Januari 2023, orang ramai telah mula menerima wang Bantuan Tunai Rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim dalam Mini Bajet 2023 sebelum ini.

Dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 lalu, beliau memaklumkan bahawa bayaran bantuan kewangan yang dijenamakan sebagai Sumbangan Tunai Ramah 2023 Fasa 1 akan diteruskan dan telah diawalkan pada Januari ini berbanding Mac seperti tahun sebelumnya.

Dalam pembentangan Bajet 2023 pula, Kerajaan mengumumkan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin mengikut data e-Kasih.

Baca Lanjut

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

INFO: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Baca Lanjut