
INFO – SENARAI PENGANJUR BAZAR RAMADAN TAHUN 2023M / 1444H DI BAWAH PENTADBIRAN MBI
Terkini pada 23hb Februari 2023 baru ini, Majlis Bandara Ipoh telah mengumumkan senarai penganjur Bazar Ramadan bagi tahun 2023M / 1444H di bawah pentadbiran majlis tersebut.
Sebanyak 21 buah tapak Bazar Ramadan telah diluluskan secara rasmi oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan melibatkan sebanyak 13 penganjur yang terdiri daripada NGO, Koperasi, KRT dan Jawatankuasa Masjid/Surau.
Bagi tahun 2023 ini, sebanyak 1,384 buah tapak Bazar Ramadan telah disediakan kepada para peniaga bagi menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan ini dengan mensasasar seramai 1 Juta pengunjung secara keseluruhan di Bandar Ipoh ini.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Bazar Ramadan 2023 Anjuran PUBI Perak Dengan Kerjasama MBI
Dalam pada itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dilantik secara rasmi sebagai salah satu penganjur bagi Bazar Ramadan ini di mana PUBI Perak akan menganjurkan Bazar Ramadan tersebut di dua buah lokasi yang sangat strategik iaitu di Station 18 (Laluan di perkarangan AEON Ipoh Station 18) dan juga di Taman Temara.
Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pihak Majlis Bandaraya Ipoh kerana telah melantik PUBI Perak sebagai salah satu penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh ini.
Sementara itu, Pengerusi PUBI Perak, En Sharul Rahman turut merakam ucapan setinggi penghargaan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh terutamanya Datuk Bandar di atas kepercayaan serta keyakinan terhadap Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bagi menjayakan Bazar Ramadan bagi tahun 2023 / 1444H ini.
Sudah pasti peluang yang diberikan ini akan dimanfaat bersungguh-sungguh bagi memastikan pelaknaan Bazar Ramadan ini lancar serta mengikut piawaian yang telah ditetapkan disamping membantu peniaga-peniaga kecil menambah pendapatan pada bulan yang sangat mulia ini.
Berikut adalah senarai penganjur Bazar Ramadan tahun 2023M / 1444H di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh seperti mana yang telah diumumkan secara rasmi di portal Majlis Bandaraya Ipoh;



Semoga usaha yang dilakukan ini akan dipermudahkan olehNya serta memberi manfaat kepada semua penduduk dan peniaga di sekitar kawasan ini.
Marilah sama-sama kita berdoa agar penganjuran bazar ramadan di bawah MBI tahun ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung dan juga para peniaga.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Sekiranya ada yang berminat untuk memohon bazar ramadan di bawah anjuran PUBI Perak sila hubungi berikut —> www.wasap.my/601151850661/Bazar+Ramadan | www.wasap.my/60195773924/Bazar+Ramadan
Join whatsapp group untuk info lanjut –> https://chat.whatsapp.com/IFM2eJjGc516SceOuSSP7v
Mohon hebahkan info ini, Terima kasih
KOMEN TERKINI