INFO – PROGRAM SAYANGI RUMAHKU: BAIK PULIH & BINA BARU RUMAH

Orang awam di negeri Perak yang ingin memohon bantuan baik pulih atau bina baru rumah boleh memohon melalui Program Sayangi Rumahku di bawah Yayasan Perak.

Program Sayangi Rumahku ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang mereka.

Konsep Program Sayangi Rumahku ini ialah program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023

Sasaran program ini adalah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak yang berdaftar dengan sistem ekasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KATEGORI SAYANGI RUMAHKU

Program Sayangi Rumahku terbahagi kepada dua kategori iaitu Baik Pulih Rumah dan Bina Baru Rumah.

Bagi Baik Pulih Rumah, bantuan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah namun mempunyai mereka masalah ekonomi untuk membaiki rumah mereka.

Skop bantuan Baik Pulih Rumah pula hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.

Untuk Bina Baru Rumah, bantuan diberikan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki atau mereka mempunyai masalah dari aspek ekonomi.

Bantuan Bina Baru Rumah terbahagi kepada 3 jenis rumah iaitu:

i) Bina Baru 1 Bilik

ii) Bina Baru 2 Bilik

iii) Bina Baru 3 Bilik

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon yang berminat untuk memohon Program Sayangi Rumahku perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan berkahwin.
  2. Pemohon berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  3. Pemohon berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau Ketua Kampung.
  4. Status tanah kediaman pemohon adalah hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baru).
  5. Pemohon belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  6. Status pemilikan rumah adalah rumah sendiri (bagi permohonan Baik Pulih)

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku secara percuma di:
    i) Pejabat Yayasan Perak
    ii) Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
    ii) Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
    iv) Pejabat Daerah atau Pejabat Penghulu
    v) Muat Turun menerusi link ini https://docs.google.com/viewer?url=http%3A%2F%2Fwww.yayasanperak.gov.my%2Fv5%2Fborang%2FBorangSayangiRumahku-Disember2020.pdf
  2. Isi maklumat di dalam borang permohonan dengan betul dan lengkap.
  3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada:
    i) Ketua Kampung
    ii) Penghulu
    iii) Ahli Parlimen/ADUN/Pemimpin Setempat
  4. Hantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke:

    Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
    Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
    No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan/waris dan tanggungan.
  3. Penyata pendapatan pemohon.
  4. Penyata pendapatan pasangan/waris.
  5. Surat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  6. Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah

PERTANYAAN LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Sayangi Rumahku, sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian 05-246 0998 atau layari laman web rasmi Yayasan Perak melalui linik berikut –> https://yayasanperak.gov.my/v6/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD