PENDAFTARAN PROGRAM BIMBINGAN PERCUMA USAHAWAN WANITA NEGERI PERAK

INFO-PENDAFTARAN PROGRAM BIMBINGAN PERCUMA USAHAWAN WANITA NEGERI PERAK

Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Wanita Perak) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak (STEP) akan mengadakan Program E-Jualan Wanita (E-Juwita) Negeri Perak.

Program bantuan pemasaran digital percuma selama sehari ini akan menyasarkan 720 penyertaan dikalangan usahawan wanita Perak yang melibatkan 24 parlimen di seluruh Negeri Perak.

Baca Lanjut

PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRAK)

INFO – PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRAK)

Usahawan Negeri Perak yang layak dijemput untuk memohon Geran Usahawan Perak (GeRAK) 2023.

Geran GeRAK merupakan bantuan kewangan sehingga RM2,000.00 yang mensasarkan kepada usahawan sektor informal daripada pelbagai industri untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran bagi mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja.

Geran GeRAK merupakan program Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretrariat Usahawan Negeri Perak (STeP)

Baca Lanjut

PROGRAM BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA

INFO – PROGRAM BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA

Kad Perak Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai kad Perak Prihatin) merupakan sebuah program bantuan di bawah Program Perak Prihatin.

Kerajaan Negeri meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesehahteraan rakyat sentiasa meningkat dn bertambah baik.

Kad ini dijangka akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan Kumpulan B40.

Baca Lanjut