INFO – PERMOHONAN BARU STR 2023 & KEMASKINI MAKLUMAT PEMOHON
Difahamkan mulai 15 Januari 2023, orang ramai telah mula menerima wang Bantuan Tunai Rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim dalam Mini Bajet 2023 sebelum ini.
Dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 lalu, beliau memaklumkan bahawa bayaran bantuan kewangan yang dijenamakan sebagai Sumbangan Tunai Ramah 2023 Fasa 1 akan diteruskan dan telah diawalkan pada Januari ini berbanding Mac seperti tahun sebelumnya.
Dalam pembentangan Bajet 2023 pula, Kerajaan mengumumkan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin mengikut data e-Kasih.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Senarai Penganjur Bazar Ramadan Tahun 2023M / 1444H Di Bawah Pentadbiran MBI
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai 600 ringgit kepada mereka, bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum 3,100 ringgit.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status.
BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 (BTR 2023) DIJENAMAKAN SEMULA SEBAGAI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
SIAPA YANG PERLU BUAT PERMOHONAN BARU / KEMASKINI STR 2023?
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STR 2023
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 – FASA 4 (KEMASKINI BELANJAWAN 2023)
Berikut adalah kategori penerima STR dan had umur yang ditetapkan :
Berikut adalah jadual dan jumlah bayaran yang akan diterima dari Fasa 1 hingga Fasa 4 :
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM100
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM400
3-4 anak: RM600
5 anak dan lebih: RM800
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM150
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih: RM250
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM600
3-4 anak: RM900
5 anak dan lebih: RM1200
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM0
3-4 anak: RM300
5 anak dan lebih: RM500
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
Berikut adalah jumlah bayaran tambahan yang akan diterima oleh kategori miskin tegar :
Kategori Penerima | Pendapatan | Bil. Anak | Bayaran 1 Jul-23 | Bayaran 2 Ogos-23 | Bayaran 3 Sept-23 | Bayaran 4 Okt-23 | Bayaran 5 Nov-23 | Bayaran 6 Dis-23 | **Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023 (RM) | Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023 (RM) |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
* Isi Rumah Miskin Tegar Tiada Had Umur (Tambahan RM600) | ≤ PGK Miskin Tegar RM1,169 | 0 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 600 | 1,600 |
1-2 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 600 | 2,100 | ||
3-4 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 600 | 2,600 | ||
≥ 5 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 600 | 3,100 |
Nota:
- Bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
- Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
TARIKH BAYARAN STR 2023 FASA 1, 2 3 DAN 4 (KEMASKINI BELANJAWAN 2023)
Tarikh pembayaran STR bagi penerima yang layak adalah seperti berikut :
- Fasa 1 – Januari 2023
- Fasa 2 – April 2023
- Fasa 3 – Julai 2023
- Fasa 4 -November 2023
Tarikh bayaran tambahan STR untuk kategori miskin tegar :
- Julai 2023
- Ogos 2023
- September 2023
- Oktober 2023
- November 2023
- Disember 2023
*Tarikh bayaran dan serahan bantuan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
TERKINI : PERMOHONAN BARU / KEMASKINI STR 2023
Menurut kenyataan media terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada untuk membuat pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan di samping data beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.
Permohonan baru dan proses kemaskini STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:
PERMOHONAN DALAM TALIAN
- Tarikh : 1-31 Mac 2023
- Melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my
PERMOHONAN SECARA MANUAL / FIZIKAL
- Tarikh : 8-31 Mac 2023
- Pemohon boleh mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR dengan hadir ke :
- Pejabat LHDNM
- Pejabat Satelit (PS) LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
LANGKAH KEMASKINI PERMOHONAN
Untuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:
LANGKAH 1
Sila layari portal rasmi STR 2023 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
Klik butang Log Masuk.
LANGKAH 2
Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.
LANGKAH 3
LANGKAH 4
Semak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.
MUAT TURUN PANDUAN KEMASKINI STR 2023 (PDF)
CARA SEMAKAN STATUS STR
Semakan status pembayaran Fasa 1 telah dibuka mulai 17 Januari 2023.
Semakan online boleh dibuat melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
LOG MASUK MYSTR
Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
Pendaftaran MySTR
- Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Pendaftaran berjaya
Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
LUPA KATA LALUAN STR / SEMAKAN PASSWORD BKM
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
SOALAN LAZIM STR 2023
Berikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2023 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :
Muat turun PDF :
- SOALAN LAZIM (FAQ)
- SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023
- Kemaskini STR Sumbangan Tunai Rahmah 2023 : Portal Belanjawan 2023
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI