SIMPOSIUM KOPERASI WANITA 2024

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 7hb dan 8hb November 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menghantar dua orang wakil Anggota untuk menyertai sebuah Program anjuran ANGKASA iaitu Simposium Koperasi Wanita 2024 yang berlangsung di Summit Hotel USJ, Selangor.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke simposium ini adalah Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan juga Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.

Simposium ini diadakan fokus kepada koperasi serta anggota wanita bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan berkaitan dengan pelbagai aspek, antaranya isu dan cabaran mendepani persaingan dalam perniagaan koperasi serta memperkasa kepimpinan wanita dalam gerakan koperasi.

Baca Lanjut

SESI PERBENTANGAN PROGRAM PEKB TAHUN 2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 08hb November 2024 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri Sesi Perbentangan Bagi Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk tahun 2025 di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Komuniti.

Baca Lanjut

PERSEDIAAN PERBENTANGAN PROGRAM PEKB TAHUN 2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 5hb November 2024 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan sebuah sesi berbincangan sebagai persediaan untuk menghadiri sebuah Sesi Perbentangan Bagi Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk tahun 2025 di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Komuniti.

Baca Lanjut

PROGRAM ONE STOP CENTRE (OSC) SEJAHTERA SOSIAL DAERAH KINTA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 2hb November 2024 yang lalu telah KOPUBI Perak Bhd telah menyertai sebuah program anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) salah sebuah sebuah agensi milik penuh kerajaan negeri Perak di bawah portfolio EXCO Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India negeri Perak.

Program yang dianjurkan itu adalah Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Daerah Kinta yang telah berlangsung bertempat di Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh Perak.

Pada program ini KOPUBI Perak Bhd telah diberi peluang untuk membuka sebuah Booth bagi mempromosi Perkhidmatan MyAngkasa Amanah Bhd dan juga peluang kerjaya sebagai Wakil Pemasaran, Pengurus Pemasaran dan Pengurus Kumpulan.

Baca Lanjut