INSIS YP: PERMOHONAN INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK
Pelajar anak Negeri Perak yang melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT dalam dan luar negara.adalah dialu-alukan untuk memohon Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP).
INSIS YP adalah bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT di dalam dan luar negara.
Sebelum ini, bantuan ini dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: INSIS YP: Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak
Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk:
- Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
- Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
- Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
- Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.
Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah 3 bulan daripada tarikh pendaftaran masuk ke IPT.
KADAR PEMBERIAN BANTUAN
Kadar pemberian bantuan ini adalah seperti berikut:
i) Dalam Negara
Tahap Pengajian | Kadar Pemberian |
Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional) | RM300.00 |
Diploma | RM500.00 |
Ijazah Sarjana Muda | RM1,000.00 |
Ijazah Sarjana (Master) | RM1,500.00 |
Ijazah Doktor Falsafah (PhD) | RM2,000.00 |
ii) Luar Negara
Tahap Pengajian | Kategori A | Kategori B |
Diploma | RM1,500.00 | RM2,500.00 |
Ijazah Sarjana Muda | RM3,000.00 | RM5,000.00 |
Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor Falsafah | RM4,000.00 | RM6,500.00 |
Agihan mengikut kategori dan negara adalah seperti berikut:
i) Kategori A
- Afrika Selatan
- Algeria
- Bangladesh
- Ethiopia
- Filipina
- India
- Indonesia
- Kenya
- Libya
- Mesir
- Myanmar
- Nigeria
- Pakistan
- Sri Lanka
- Sudan
- Syria
- Thailand
- Uganda
- West Indies
ii) Kategori B
- Amerika Syarikat
- Arab Saudi
- Australia
- Austria
- Belgium
- Brunei
- China
- Denmark
- Finland
- Greece
- Hong Kong
- Hungary
- Iceland
- Iran
- Iraq
- Itali
- Jerman
- Jepun
- Jordan
- Kanada
- Korea Selatan
- Kuwait
- Luxembourg
- Maghribi
- Malta
- Netherlands
- New Zealand
- Norway
- Perancis
- Poland
- Portugal
- Republik Czech
- Republik Ireland
- Russia
- Sepanyol
- Singapura
- Sweden
- Switzerland
- Taiwan
- Turki
- Ukraine
- United Kingdom
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama tahun pertama pengajian sahaja.
- Mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara tidak termasuk dalam bantuan ini.
- Merupakan anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
– Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau
– Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
– Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
– Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak. - Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Untuk pemohon yang telah bekerja/berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.
TATACARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:
- Layari laman web http://dsys.com.my/syarat2.php?id=f151d68894e3596d4c646070ce1f3d1ccc50a94a.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Klik butang “Hantar Permohonan.”
- Kemudian, hantar dokumen yang diperlukan ke Yayasan Perak di alamat:
Yayasan Perak, Tingkat 1,
Wisma Yayasan Perak,
No 111 Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen yang diperlukan dan dihantar kepada Yayasan Perak adalah seperti berikut:
- Maklumat Permohonan yang dicetak selepas membuat permohonan dan mendapat sokongan Penghulu/Ketua Kampung dan perakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
- Salinan Surat Tawaran terkini yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Salinan pengesahan setuju terima atau tolak tawaran yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Salinan kad pengenalan (Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Salinan slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Penyata pendapatan (Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas). Sekiranya bekerja sendiri atau pesara, sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan atau dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu/Ketua Kampung.
PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai INSIS YP, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI