KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 25hb November 2022 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman telah mengadakan pertemuan dengan bersama Pengarah Urusan Syarikat Canggih Sutera Tuan Rozamir Zulkifli dan Pegawai Pengurusan Syarikat Canggih Sutera Sdn. Bhd.
Objektif utama pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan entiti masing-masing serta melihat peluang untuk mengadakan kerjasama strategik pada masa hadapan. Canggih Sutera Sdn Bhd ini adalah merupakan salah sebuah syarikat pembekal produk uniform sekolah jenama Canggih yang sangat popular di pasaran buat masa kini.
Melalui pertemuan ini, En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah bertukar-tukar pendapat dengan Pengarah Urusan Syarikat tersebut dan mendapatkan input-input penting berkaitan industri pakaian seragam sekolah di negara kita ini.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Khidmat Kebersihan Dan Rawatan
Pada waktu yang sama, pihak Canggih Sutera telah berkesempatan untuk berkongsi cadangan kerjasama strategik yang sangat menarik serta menguntungkan kedua-dua belah pihak dan pihak KOPUBI Perak Bhd sangat mengalu-alukan cadangan tersebut serta menerima baik segala cadangan demi membangunkan gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Insyallah dengan perancangan yang teliti, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad berpeluang untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama jenama pakaian seragam yang sangat popular dan terkenal di Negara kita ini di samping mencapai visi serta misi penubuhan KOPUBI iaitu menjana pendapatan yang konsisten pada masa hadapan.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI