MYDIN – DARI KEDAI RUNCIT KE EMPAYAR HYPERMARKET

KISAH BAGAIMANA DARIPADA SEBUAH KEDAI RUNCINT MENJADI EMPAYAR HYPERMARKET

Siapa tak kenal dengan Mydin Mohamed Holdings. Ia merupakan syarikat perniagaan dan borong yang terbesar di Malaysia. Dengan slogan terkenal, “Mengapa bayar lebih? Belilah dengan harga borong”, pasaraya besar Mydin kini dianggap sebagai tempat utama untuk membeli belah, dengan keuntungan tahunan mencecah RM2.6 billion. Baca Lanjut

KISAH KEJAYAAN PENGASAS AL-IKHSAN

BISNES – KISAH KEJAYAAN PENGASAS AL-IKHSAN

‘SALAH SEBUAH SYARIKAT PAKAIAN SUKAN BERJENAMA YANG TERBESAR DI MALAYSIA!’

Tuan Haji Ali bukan berasal dari keluarga yang berlatar belakangkan perniagaan. Didikan ibu bapa beliau yg membentuk peribadi anak bongsu daripada 8 beradik ini. Sekitar usianya 17 tahun, masanya banyak dihabiskan dengan bermain bola, dan habis duduk melepak depan rumah dengan kawan-kawannya.

Kerap-kali beliau ditegur bapanya supaya cepat mandi dan solat Maghrib. Sekali buat, ditegur, kali kedua buat, ditegur baik lagi, kali ketiga beliau ulangi, ayahnya halau beliau dari rumah. Ya, dihalau rumah kerana nakal tak berubah menjaga solat awal waktu.

Sebulan Tuan Hai Ali berkelana dari satu rumah kawan ke rumah kawan yg lain, menumpang tidur. Setelah sebulan, beliau sendiri yang balik ke rumah, bapanya tidak langsung mencarinya. Bapanya menyampaikan satu mesej bahawa dia sayangkan Allah lebih dari sayang anaknya.

Baca Lanjut

FB PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 9,000 LIKES

BERKAT USAHA GIGIH DAN SOKONGAN PADU

Hari ini dalam sejarah, FB Page Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mempunyai lebih 9,000 likes dan followers. Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua.

Bermula dari 0 likes kira-kira 2 tahun yang lalu kini sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada AJK PUBI Perak yang berusaha gigih untuk mempromosi FB Page ini kepada semua warga Netizen khususnya di Bandaya Ipoh.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mengorak langkah dengan lebih bergaya pada masa hadapan

Insyallah.