
INFO – PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI SECARA MANUAL (MELALUI HANTARAN E-MEL DAN POS)
Umum mengetahui bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pengeluaran kemudahan i-Lestari secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) bemula 1hb sehingga 31hb Mac 2021 seperti yang telah diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 ekoran penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita sekarang ini.
Sejak semalam, berjuta pencarum telah mencuba untuk akses masuk ke laman web KWSP dan i-Akaun (Ahli) sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa sehingga menyebabkan applikasi tersebut mengalami ganguan dan masalah teknikal.
KLIK UNTUK BACA : Panduan Mudah Pendaftaran & Pengaktifan I-Akaun Kwsp (Ahli) Melalui E-Mel –>
Pihak KWSP juga ada memaklumkan masalah tersebut melalui laman web rasmi mereka;
Untuk makluman juga, semua cawangan KWSP di seluruh negara masih ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh pihak kerajaan dan permohonan i-Lestari ini hanya boleh dibuat secara dalam talian, e-mel atau melalui pos sahaja.
Di sini pihak PUBI Perak menyediakan info serta panduan untuk membuat permohonan i-Lestari secara manual dan di hantar menggunakan e-mel ataupun pos. Semoga dengan panduan ini akan dapat memudahan urusan anda semua.
Insyallah
Lupa ID Dan Kata Laluan I-Akaun KWSP, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini –>
PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI SECARA MANUAL (MELALUI HANTARAN E-MEL DAN POS)
LANGKAH 1
Ahli perlu mengisi borang yang disediakan oleh pihak KWSP sahaja dan borang permohonan Pengeluaran i-Lestari itu boleh di muat turun dari laman sesawang KWSP. Sila klik di sini untuk muat turun borang.
BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI


Lengkapkan borang di atas berserta dengan cap ibu jari anda (kiri & kanan) dan E-mel atau Pos mengikut langkah 2 dan 3 seperti di bawah ini.
LANGKAH 2 (PERMOHONAN MELALUI E-MEL)
Ahli kemudian perlu mengimbas (scan) dan mengemukakan borang berserta dokumen sokongan seperti di bawah dan dihantar melalui e-mel ke alamat ilestarimohon@epf.gov.my:
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
- Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF
Ahli disarankan membuat permohonan secara dalam talian melalui e-Pengeluaran menggunakan aplikasi i-Akaun (Ahli) yang telah disediakan oleh pihak KWSP.
Adalah dijangkakan terdapat kelewatan dalam memproses permohonan secara manual melalui e-mel.
LANGKAH 3 (PERMOHONAN MELALUI POS)
Selain daripada e-mel, ahli juga boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan melalui pos.
Ahli hanya perlu menghantar permohonan pengeluaran dan dokumen sokongan seperti di bawah ini dan dihantar melalui pos/pos berdaftar/kurier :
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) yang jelas
- Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
- Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF
Dokumen tersebut hendaklah dihantar ke alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya.
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
Adalah diingatkan anda TIDAK PERLU hadir ke mana-mama kaunter KWSP bagi proses pengecaman cap ibu jari (CIJ) bagi proses permohonan pengeluaran i-Lestari secara manual ini.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Anda juga boleh lawati laman web rasmi KWSP dan Facebook rasmi KWSP untuk segala info-info terkini berkaitan urusan i-Akaun dan pengeluaran i-Lestari.
Jika anda ingin mengetahui panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli) yang disediakan oleh pihak KWSP sila klik di sini untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui e-mel kepada ilestari@epf.gov.my
Sumber : KWSP
KOMEN TERKINI