OPERASI MEMASANG SIGNBOARD PEJABAT CAWANGAN KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Februari 2022 yang lalu, Pejabat Cawangan KOPUBI Perak Bhd di Taman Maju Bandar Seri Iskandar Perak telah menerima papan tanda yang baharu dan berjaya dipasang dengan baik sekali.

Syukur pada hari bersejarah tersebut papan tanda Pejabat Urusan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) Cawangan Perak Tengah telah dinaikkan di premis beralamat No.25 (Tingkat 1) Jalan Maju 1, Taman Maju Seri Iskandar Perak.

Untuk makluman semua, ini adalah cawangan pertama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di Daerah Perak tengah yang mana akan menguruskan segala urusan pendaftaran serta pembiayaan kepada anggota koperasi ini.

Baca Lanjut

KURSUS WAJIB 1 ANJURAN INSTITUT KOPERASI MALAYSIA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 23hb Feb 2022 sehingga 24hb Feb 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA) iaitu Kursus Wajib 1 bertempat di Hotel Kinta Riverfront Ipoh Perak.

Kursus ini yang telah berlangsung dengan jayanya telah dihadiri oleh hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak.

Alhamdulillah, mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Samsiah dan dua orang Ahli Lembaga iaitu Pn Norhuda dan En Khairul Akmal.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM PENGURUSAN J&T EXPRESS REGIONAL PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 21hb Fabruari 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perjumpaan bersama Team Pengurusan J&T Express Negeri Perak bagi membincangkan isu-isu semasa perkhidmatan penghantaran kurier ekspress serta membincangkan pengoperasian PCP J&T Express PRK413 yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang kini telah beroperasi hampir setahun pada bulan November 2021 ini.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan Bendahari Koperasi iaitu Pn. Shams dan Penolong Bendahari Koperasi Pn Zuraida manakala mewakili Pihak J&T Ekspress Malaysia Negeri Perak pula adalah Mr. Jeff selaku Business Development Executive J&T Express Malaysia dan Miss Cassey.

Ini adalah perjumpaan berkala yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak dan perjumpaan kali ini telah berlangsung di Pejabat HQ J&T Express Malaysia di Ipoh Perak.

Baca Lanjut

PEMANTAUAN PESERTA PEKB 2021 BAGI BULAN FEBRUARI 2022

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada bermula pada 1hb Februari sehingga 28hb Februari 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan kunjungan ke rumah setiap peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2021 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar bagi menjalankan aktiviti pemantauan bagi kegiatan perniagaan yang telah dijalankan.

Baca Lanjut