PROGRAM EDARAN BERANEKA JENIS BUBUR KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 27hb April 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan Program Edaran Beraneka Jenis Bubur kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan anjuran PUBI Perak di Taman Temara, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA, PERLINDUNGAN INSURANS GOLONGAN MISKIN

INFO : SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA, PERLINDUNGAN INSURANS GOLONGAN MISKIN

Selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan, Perdana Menter Malaysia telah berbesar hati memperkenalkan Skim Insurans Keluarga Malaysia.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini bakal memberikan manfaat perlindungan sosial dan insurans kepada lebih 268,000 buah keluarga terutamanya dari golongan miskin dan miskin tegar.

Bagi memastikan Skim Insurans Keluarga Malaysia ini dmanfaatkan oleh golongan yang layak, perlindungan ini hanya diberikan kepada keluarga dimana Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar dengan sistem eKasih sahaja.

Baca Lanjut

CARA DAFTAR SHOPEE SEBAGAI PENJUAL / PENIAGA

INFO : CARA DAFTAR SHOPEE SEBAGAI PENJUAL / PENIAGA

Adakah anda seorang peniaga dan mahu mencari cara untuk daftar penjual Shopee?

Tidak dapat dinafikan bahawa laman edagang Shopee adalah laman yang sangat popular di Malaysia.

Ini dapat dilihat apabila rata-rata rakyat Malaysia akan berkongsi pautan ke Shopee apabila mencadangkan pembelian sesuatu kepada rakan-rakan dan kenalan mereka.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2022

INFO: PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2022

Usahawan belia Bumiputera kini berpeluang mendapatkan latihan dan geran di bawah SME Corp menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) 2022.

TUBE merupakan inisiatif kerajaan yang diwujudkan pada tahun 2014 semasa Kongres Usahawan Muda Bumiputera bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. 

Selain itu, program ini juga menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Baca Lanjut