KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 23hb Feb 2022 sehingga 24hb Feb 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA) iaitu Kursus Wajib 1 bertempat di Hotel Kinta Riverfront Ipoh Perak.
Kursus ini yang telah berlangsung dengan jayanya telah dihadiri oleh hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak.
Alhamdulillah, mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Samsiah dan dua orang Ahli Lembaga iaitu Pn Norhuda dan En Khairul Akmal.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perjumpaan Bersama Team Pengurusan J&T Express Regional Perak
Peserta yang hadir telah menimba ilmu dengan banyak sekali dan boleh mempraktik ilmu-ilmu tersebut di dalam pengurusan koperasi yang telah ditubuhkan dan bakal ditubuhkan.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negara kita yang tercinta ini.
Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MembantuUsahawan #MembentukUsahawan
KOMEN TERKINI