
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 24hb Februari 2022 yang lalu, Pejabat Cawangan KOPUBI Perak Bhd di Taman Maju Bandar Seri Iskandar Perak telah menerima papan tanda yang baharu dan berjaya dipasang dengan baik sekali.
Syukur pada hari bersejarah tersebut papan tanda Pejabat Urusan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) Cawangan Perak Tengah telah dinaikkan di premis beralamat No.25 (Tingkat 1) Jalan Maju 1, Taman Maju Seri Iskandar Perak.
Untuk makluman semua, ini adalah cawangan pertama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di Daerah Perak tengah yang mana akan menguruskan segala urusan pendaftaran serta pembiayaan kepada anggota koperasi ini.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Kursus Wajib 1 Anjuran Institut Koperasi Malaysia
Di bahagian bawah ini pula telah dijalankan perniagaan di bawah seliaan koperasi yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspress menggunakan jenama J&T Express Malaysia dan telah beroperasi sejak bulan November tahun 2020 yang lalu.
Di pejabat urusan ini juga anggota koperasi dan orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan pembayaran bil utiliti dan juga memperbaharui cukai jalan beserta insurans.
Melalui usaha ini, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI