KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 21hb Fabruari 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perjumpaan bersama Team Pengurusan J&T Express Negeri Perak bagi membincangkan isu-isu semasa perkhidmatan penghantaran kurier ekspress serta membincangkan pengoperasian PCP J&T Express PRK413 yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang kini telah beroperasi hampir setahun pada bulan November 2021 ini.
Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan Bendahari Koperasi iaitu Pn. Shams dan Penolong Bendahari Koperasi Pn Zuraida manakala mewakili Pihak J&T Ekspress Malaysia Negeri Perak pula adalah Mr. Jeff selaku Business Development Executive J&T Express Malaysia dan Miss Cassey.
Ini adalah perjumpaan berkala yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak dan perjumpaan kali ini telah berlangsung di Pejabat HQ J&T Express Malaysia di Ipoh Perak.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perjumpaan Bersama Juruaudit Koperasi
Alhamdulillah, syukur kepada Illahi perniagaan KOPUBI Perak Bhd kini telah berumur setahun dan telahpun memeterai perjanjian ini buat kali kedua dan telah dimeterai pada bulan Mac 2021 yang lalu.
Pembukaan sebuah premis berhadapan Pasaraya Besar Tesco Bandar Seri Iskandar di Taman Maju bagi menjalankan perniagaan perkhdmatan penghantaran ekspress kini menjadi sebuah sejarah yang besar buat KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini kini tercatat di dalam lipatan sejarahnya yang tersendiri.
Dengan itu, secara rasminya Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah melebarkan sayap perniagaannya di dalam bidang perkhidmatan penghantaran barang dan dokumen di bawah jenama besar dan terkemuka di Malaysia iaitu J&T Express Malaysia Sdn Bhd.
Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI