TARIKH BAYARAN BPR FASA 2 & JUMLAH BAKI MENGIKUT KATEGORI

INFO: TARIKH BAYARAN BPR FASA 2 & JUMLAH BAKI MENGIKUT KATEGORI

Kemaskini: Baki bayaran BPR Fasa 2 Yang Akan Diterima Dan Tarikh Pembayaran Mengikut Kategori

Setelah bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Fasa 1) diagihkan secara berperingkat mulai 24 Februari lalu, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang bayaran Fasa Kedua.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang BPR Fasa 2 untuk makluman bersama.

Baca Lanjut

MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN ANJURAN PUBI PERAK 2021

SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM AN-NUR MAISARAH, CHEMOR PERAK DAN FAKIR MISKIN.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan sebuah Majlis Iftar untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah yang terletak di Chemor, Perak dan juga Golongan Fakir Miskin di sekitar Bandar Ipoh.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 28hb April 2021 ini dan akan turut melibatkan beberapa buah entiti yang ternama di bandar Ipoh iaitu TAJ International College, J&T Express Malaysia (Negeri Perak) dan juga Butik Vendor No.1 di Perak iaitu Gondola 31.

Pada majlis ini nanti, penghuni rumah kebajikan ini berserta penyelia dan penjaga mereka akan diraikan di dewan konvokesyen TAJ International College disamping berbuka puasa bersama. Mereka juga akan menerima sumbangan duit raya, baju raya dan keperluan lain hasil kutipan daripada orang ramai melalui program ini.

Baca Lanjut