AKTIVITI MEMBELI BARANG-BARANG KEPERLUAN FOOD BANK KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 01hb Ogos 2021 yang lalu, Kumpukan PUBI telah menjalankan sebuah aktiviti membeli barang-barang keperluan asas di Tesco dan juga Pasaraya Econsave di Bandar Seri Iskandar Perak bagi menjayakan Program Food Bank yang dianjurkan dengan kerjasama J&T Express Malaysia Negeri Perak.

Baca Lanjut

KUMPULAN PUBI LANCAR PROGRAM FOOD BANK UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT SETEMPAT

TERKINI: KUMPULAN PUBI LANCAR PROGRAM FOOD BANK UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT SETEMPAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dengan kerjasama J&T Express Malaysia (Negeri Perak) telah melancarkan sebuah program Food Bank di mana premis J&T Express Malaysia PRK413 Bandar Seri Iskandar Perak (yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak) telah dipilih sebagai lokasi rasmi program ini.

Sebanyak 11 buah Premium Courier Point J&T Express Malaysia di seluruh negeri Perak telah terpilih untuk melaksanakan program food bank ini dan ianya berlangsung dari 28hb Julai 2021 sehingga 31hb Ogos 2021.

Matlamat utama program food bank ini adalah untuk membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Baca Lanjut

PEMBUKAAN OPERASI J&T EXPRESS PRK413 MILIK KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 9hb November 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membuka sebuah pusat operasi perkhidmatan penghantaran ekspress dengan kerjasama strategik bersama syarikat terkemuka J&T Malaysia Sdn Bhd di Bandar Seri Iskandar Perak.

J&T Express PRK413 Seri Iskandar Perak yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) ini secara rasminya telah beroperasi di sebuah premis beralamat No.25, Jalan Maju 1, Taman Maju, Seri Iskandar, Bota, Perak Darul Ridzuan.

Kini penduduk di sekitar Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Siputeh dan Bota boleh datang dan menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspress yang disediakan untuk menghantar barang atau dokumen ke seluruh Negara termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Baca Lanjut

SESI TEMUDUGA & PEMILIHAN STAF J&T EXPRESS MILIK KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membangunkan sebuah projek usahasama bersama syarikat J&T Malaysia Sdn Bhd dengan membuka sebuah Operasi Perkhidmatan Penghantaran Ekspress yang menggunakan jenama J&T Express.

Susulan daripada itu, pada 21hb September 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang diwakili oleh Pengerusi En. Sharul Rahman bersama beberapa Ahli Lembaga Koperasi telah menandatangani perjanjian usahasama tersebut secara rasmi bersama J&T Ekspress Sdn. Bhd. bagi membolehkan pihak koperasi meneruskan pembukaan rasmi sebuah ‘Premium Courier Point’ di sebuah lokasi yang dipersetujui iaitu di Bandar Seri Iskandar Perak.

Setelah termeterai perjanjian tersebut maka pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd terus memulakan sesi temuduga dan pencarian staf bagi tujuan operasi dan pengurusan perkhidmatan penghantaran J&T Express ini.

Baca Lanjut