KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 01hb Ogos 2021 yang lalu, Kumpukan PUBI telah menjalankan sebuah aktiviti membeli barang-barang keperluan asas di Tesco dan juga Pasaraya Econsave di Bandar Seri Iskandar Perak bagi menjayakan Program Food Bank yang dianjurkan dengan kerjasama J&T Express Malaysia Negeri Perak.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Lawatan Kasih Ke Rumah Ahli Persatuan & Koperasi
Program Food Bank ini akan berlangsung selama sebulan di mana premis J&T Express Malaysia PRK413 Bandar Seri Iskandar Perak (yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak) telah dipilih sebagai lokasi rasmi program ini.
Untuk pengetahuan semua, sebanyak 11 buah Premium Courier Point J&T Express Malaysia di seluruh negeri Perak telah terpilih untuk melaksanakan program food bank ini dan ianya berlangsung dari 28hb Julai 2021 sehingga 31hb Ogos 2021.
Matlamat utama program food bank ini adalah untuk membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.
Melalui program ini, penduduk di kawasan sekitar boleh mendapatkan bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, makanan segera dan lain-lain di premis-premis Premium Courier Point J&T Express Malaysia yang terpilih termasuklah premis Premium Courier Point J&T Express Malaysia yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di No.25 Jalan Maju 1, Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Perak.
Sehubungan dengan itu, Pengerusi Kumpulan PUBI iaitu En. Sharul Rahman telah mengetuai aktiviti membeli barang-barang keperluan ini di mana turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd serta seorang Staf J&T Express Malaysia PRK413 Taman Maju Bandar Seri Iskandar yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI).
Antara Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang turut serta di dalam program ini adalah Pn. Samsiah selaku Bendahari KOPUBI Perak Bhd, En Mohammad Nafis selaku Bendahari PUBI Perak, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd dan Pn Norhuda selaku Penolong Bendahari PUBI Perak merangkap juga Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.
Melalui aktiviti ini, barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung, biskut, makanan segera dan lain-lain telah dibeli menggunakan dana Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan juga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd, di mana Pihak J&T Express Malaysia Negeri Perak juga turut menjadi menyumbang bersama untuk dana pembelian barang-barang keperluan asas ini.
Disamping itu pihak Kumpulan PUB juga di dalam masa yang sama membuka peluang kepada seluruh masyarakat untuk melibatkan diri di dalam program ini dengan membuat sumbangan berbentuk barangan keperluan asas atau dengan membuat sumbangan berbentuk wang tunai.
Peluang ini boleh diambil dan dimanfaat oleh sesiapa sahaja yang ingin menambah pahala serta mendapat keredhaan dariNya serta membentuk nilai kasih sayang sesama kita.
Insyallah, sumbangan anda tersebut akan diuruskan oleh pihak kami dengan amanah dan bertanggungjawab serta mencapai objektif yang telah dirancang.
Sebarang bentuk sumbangan boleh dibuat atau dihantar terus ke pejabat kami di Station 18 Ipoh Perak atau di premis J&T Express PRK413 di Taman Maju Bandar Seri Iskandar Perak.
Anda juga boleh bank in sumbangan anda melalui akaun PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK, 5582 7500 8858 (Maybank) atau anda boleh klik link ini untuk terus membuat sumbangan tunai –> https://toyyibpay.com/Program-Food-Bank.
Sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi Pn Shams selaku Pengurus Operasi J&T Express PRK413 Bandar Seri Iskandar di talian 011 – 3955 3211 atau Pn Nurhuda selaku Ketua Unit Kebajikan Kumpulan PUBI di talian 017 – 536 9624.
Jesteru itu, pihak Kumpulan PUBI ingin memohon kepada semua warga di Bandar Seri Iskandar dan sekitarnya untuk menghebahkan pelaksanaan program ini di mana mereka yang memerlukan bantuan boleh hadir terus ke premis kami di alamat seperti di atas untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang telah disediakan.
Semoga dengan pelancaran program ini akan dapat meringankan masyarat setempat di dalam mengharungi saat-saat getir sewaktu pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia sehingga ke hari ini.
Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati olehNya serta berjalan dengan jayanya.
Insyallah.
KOMEN TERKINI