
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 9hb November 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membuka sebuah pusat operasi perkhidmatan penghantaran ekspress dengan kerjasama strategik bersama syarikat terkemuka J&T Malaysia Sdn Bhd di Bandar Seri Iskandar Perak.
J&T Express PRK413 Seri Iskandar Perak yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) ini secara rasminya telah beroperasi di sebuah premis beralamat No.25, Jalan Maju 1, Taman Maju, Seri Iskandar, Bota, Perak Darul Ridzuan.
Kini penduduk di sekitar Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Siputeh dan Bota boleh datang dan menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspress yang disediakan untuk menghantar barang atau dokumen ke seluruh Negara termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Sesi Temuduga & Pemilihan Staf J&T Express Milik KOPUBI
Setinggi terima kasih diucapkan juga kepada Pihak J&T Express Perak yang diketuai oleh Mr Jeff serta Ahli Lembaga Koperasi yang turut hadir pada hari pembukaan pertama ini.
Bersempena dengan pembukaan pertama J&T Express PRK413 milik KOPUBI ini, kami juga sangat berbesar hati untuk menghadiahkan kepada semua pelanggan Baucar Rebat sebanyak RM1 kepada mereka menggunakan perkhidmatan kami. (Tertakluk kepada terma & syarat serta selagi stok masih ada)
Untuk makluman semua, KOPUBI melalui J&T Express PRK413 Seri Iskandar adalah penyedia perkhidmatan penghantaran ekspress ke seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.
Selain itu pusat operasi ini juga menawarkan perkhidmatan terbaik, cepat, mudah dan selamat untuk anda serta memberi pengalaman perkhidmatan yang sangat bermakna serta sukar untuk dilupakan.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah;
1. Perkhidmatan penghantaran barang (Parcel)
2. Perkhidmatan penghantaran dokumen (Surat)
3. Perkhidmatan Pelanggan VIP
4. Perkhidmatan Pelanggan Shoppe (Seller)
Marilah semua penduduk di sekitar Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Siputeh dan Bota, gunakanlah perkhidmatan kami ini kerana kami menjanjikan kepuasan khidmat pelanggan ditahap paling maksima.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-371 4172. Insyallah..
KOMEN TERKINI