KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membangunkan sebuah projek usahasama bersama syarikat J&T Malaysia Sdn Bhd dengan membuka sebuah Operasi Perkhidmatan Penghantaran Ekspress yang menggunakan jenama J&T Express.
Susulan daripada itu, pada 21hb September 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang diwakili oleh Pengerusi En. Sharul Rahman bersama beberapa Ahli Lembaga Koperasi telah menandatangani perjanjian usahasama tersebut secara rasmi bersama J&T Ekspress Sdn. Bhd. bagi membolehkan pihak koperasi meneruskan pembukaan rasmi sebuah ‘Premium Courier Point’ di sebuah lokasi yang dipersetujui iaitu di Bandar Seri Iskandar Perak.
Setelah termeterai perjanjian tersebut maka pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd terus memulakan sesi temuduga dan pencarian staf bagi tujuan operasi dan pengurusan perkhidmatan penghantaran J&T Express ini.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Operasi Renovasi Pejabat J&T Express Yang Dimiliki Oleh KOPUBI
Iklan jawatan kosong Pembantu Khidmat Pelanggan KOPUBI telah dihebahkan dan sambutan terhadap iklan tersebut adalah diluar jangkaan di mana lebih 300 orang calon telah menghantar permohonan bagi mengisi jawatan tersebut.
Sehubungan dengan itu, Pihak Ahli Lembaga Koperasi telah menyusun beberapa siri sesi temuduga fasa pertama yang dikendalikan oleh Ahli Lembaga Koperasi En. Helmi dan juga Pn. Shams merangkap Bendahari Koperasi.
Fasa kedua pula seramai 10 calon terbaik yang dipilih daripada sesi temuduga fasa pertama menjalani sesi temuduga kedua bersama Pengerusi Koperasi sendiri iaitu En. Sharul Rahman.
Setelah selesai proses temuduga tersebut maka Ahli Lembaga telah memutuskan dua orang staf yang dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Khidmat Pelanggan J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI adalah En. Muhammad Khairul Amal bin Halim dan Pn. Nur Syakila binti Saari.
Pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Muhammad Khairul Amal bin Halim dan Pn. Nur Syakila binti Saari kerana telah dilantik sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI di Bandar Seri Iskandar Perak.
Semoga dengan pelantikan ini akan memberi impak yang besar kepada operasi dan pengurusan Pekhidmatan Penghantaran Ekspress yang dimiliki oleh pihak koperasi ini. Semoga En. Muhammad Khairul Amal bin Halim dan Pn. Nur Syakila binti Saari dapat berkhidmat dengan cemerlang serta berbakti kepada masyarakat setempat disamping memberi perkhidmatan yang terbaik mereka.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Sudah pasti usaha ini akan menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan seterusnya KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI