PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PUNB SEHINGGA RM10 JUTA

INFO: PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PUNB SEHINGGA RM10 JUTA

Usahawan yang memerlukan pembiayaan perniagaan semasa tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan Pembiayaan Perniagaan PUNB sehingga RM10 juta.

Untuk makluman, PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

Agensi ini ditubuhkan diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

Baca Lanjut

PUNB & PUBI PERAK JALIN KERJASAMA STRATEGIK

PUBI PERAK MENGORAK LANGKAH LAGI APABILA BERJAYA MENJALINKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PUNB CAWANGAN IPOH

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang bersejerah buat PUBI Perak apabila telah dijemput oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB untuk menghadiri sebuah Taklimat Keusahawanan PUNB di Pejabat PUNB Cawangan Ipoh di Bandar Meru Raya. Baca Lanjut