PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 27hb Disember 2023 yang lalu, telah berlangsung sebuah program anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Cawangan Negeri Perak bertempat di M Roof Hotel & Residences, Ipoh, Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil-03&04/2023
Program yang sangat bermanfaat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan PUNB sebagai salah sebuah badan yang membantu Usahawan dengan memberi pembiayaan perniagaan dan menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh PUNB.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Noor Hasanah Zakaria selaku Ketua Pejabat PUNB Cawangan Perak dan telah dihadiri oleh hampir 50 usahawan dari seluruh Negeri Perak.
Program ini telah disertai Ahli-ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Anggota KOPUBI Perak Bhd dan juga peserta-peserta PEKB 2023 di bawah seliaan PUBI Perak.
Turut hadir pada taklimat ini mewakili PUBI Perak adalah En Mohammad Nafis bin Zamah Sari selaku Bendahari PUBI Perak merangkap Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.
Alhamdulillah, taklimat yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana para peserta telah menimba pelbagai maklumat yang berguna dan mendapat manfaat yang berimpak tinggi serta akan memberi kesan kepada kebaikan perniagaan masing-masing.
Selain taklimat, hadirin juga berpeluang menyertai sesi konsultasi perniagaan bersama pegawai PUNB dari Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan serta Pejabat PUNB Cawangan Perak.
Jutaan terima kasih kepada pihak PUNB kerana berjaya melaksanakan sebuah program yang sangat bermanfaat ini dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah hadir ke sesi taklimat PUNB ini bagi penutup tahun 2023.
Semoga dengan berjayanya program ini akan melahirkan golongan usahawan yang kompiten serta berdaya maju di samping melahirkan kumpulan usahawan yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI