PUBI PERAK MENGORAK LANGKAH LAGI APABILA BERJAYA MENJALINKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PUNB CAWANGAN IPOH

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang bersejerah buat PUBI Perak apabila telah dijemput oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB untuk menghadiri sebuah Taklimat Keusahawanan PUNB di Pejabat PUNB Cawangan Ipoh di Bandar Meru Raya.

Hampir 15 orang Usahawan PUBI Perak yang terdiri daripada Ahli Berdaftar telah hadir dan menerima Taklimat Keusahawanan PUNB yang telah disampaikan sendiri oleh dari Pengurus PUNB Perak Cawangan Ipoh iaitu En Zaini serta dua orang pegawai beliau iaitu En Nabil dan En Azwan.

Turut hadir hari ini adalah Pengerusi PUBI Perak, En. Sharul dan Timbalan beliau En Nor Adzman Nali. Sesi taklimat ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada Usahawan PUBI Perak berkaitan dengan pembiayaan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak PUNB.

Hasil perbincangan pada pertemuan ini di antara Pengerusi PUBI Perak dan Pengurus PUNB cawangan Ipoh, telah membuahkan satu idea di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan satu kerjasama strategik yang memberi keuntungan kepada kedua-dua entiti ini.

Antara kerjasama strategik yang bakal dijalankan adalah Taklimat Keusahawan yang akan dibuka kepada bakal usahawan dan usahawan di Negeri Perak ini di mana pengisiannya termasuklah bengkel-bengkel keusahawan anjuran PUBI Perak seperti ‘Celik Pemarasan Online’ dan ‘Pengurusan Kewangan’.

Diharap dengan gabungan dan kerjasama di antara PUNB dan PUBI Perak ini akan membuka peluang kepada usawahan dan bakal usahawan di Negeri Perak ini untuk maju dan berjaya di dalam perniagaan masing-masing pada masa hadapan.

PUBI Perak selaku NGO yang menyokong pembangunan usahawan sangat teruja dan komited untuk merealisasikan perkara ini demi masa depan serta pembangunan usahawan di Negeri Perak ini terutamanya yang melibatkan kaum bumiputera dan secara khususnya buat Ahli Berdaftar PUBI Perak.

Insyallah..

Barisan AJK PUBI Perak bergambar bersama Pengurus PUNB Cawangan Ipoh, Perak.