INFO: PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PUNB SEHINGGA RM10 JUTA

Usahawan yang memerlukan pembiayaan perniagaan semasa tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan Pembiayaan Perniagaan PUNB sehingga RM10 juta.

Untuk makluman, PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

Agensi ini ditubuhkan diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: GKP 4.0 – Semakan Bayaran RM1,000 Bagi PKS (September & November 2021)

Salah satu usaha PUNB bagi meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan adalah melalui bantuan pembiayaan perniagaan kepada usahawan yang layak.

KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN

Terdapat beberapa keistimewaan Pembiayaan Perniagaan PUNB yang ditawarkan iaitu:

  • Rebat duti setem ke atas surat cara/dokumen pembiayaan.
  • Cagaran yang minimum.
  • Rebat pembiayaan.
  • Proses penilaian yang telus.
  • Pembiayaan patuh syariah.

JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan yang memohon adalah daripada RM100 ribu kepada RM10 juta.

Untuk entiti milikan tunggal atau perkongsian, jumlah pembiayaan terhad kepada maksimum RM300 ribu sahaja kecuali bagi perniagaan stesen minyak, jumlah pembiayaan yang adalah terhadap kepada RM500 ribu.

TEMPOH PEMBIAYAAN & KADAR KEUNTUNGAN

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun dengan kadar keuntungan yang dikenakan adalah 5 hingga 8% setahun.

SYARAT PEMBIAYAAN

Usahawan yang ingin memohon Pembiayaan Perniagaan PUNB perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Syarikat mestilah entiti milikan tunggal/perkongsian/syarikat diperbadankan.
  2. Syarikat dimiliki atau dikuasai oleh Bumiputera.
  3. Jualan tahunan perniagaan tidak kurang RM300 ribu.
  4. Syarikat atau perniagaan telah beroperasi 18 bulan ke atas.
  5. Syarikat memiliki rekod kewangan terkini.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan pembiayaan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web PUNB iaitu https://www.punb.com.my/.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Semak Kad Pengenalan Anda.’
  4. Hantar rancangan perniagaan kepada pihak PUNB melalui email iaitu:
    – Ibu Pejabat KL: customerservice@punb.com.my/ razlan_bachik@punb.com.my/ roslawati_mat@punb.com.my.
    – Pejabat Wilayah Tengah: rafae_rashid@punb.com.my.
    – Pejabat Wilayah Utara: rizal_abdullah@punb.com.my.
    – Pejabat Wiayah Pantai Timur: damaiyanti_nawi@punb.com.my.
    – Pejabat Wilayah Selatan: amir_adnan@punb.com.my.
    – Pejabat Wilayah Sarawak: azham_shah@punb.com.my.
    – Pejabat Wilayah Sabah: saffiz_esa@punb.com.my.

PERTANYAAN LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembiayaan perniagaan ini, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1-300-13-7862 atau menghantar email ke customerservice@punb.com.my.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD

Leave a Reply