BKC: TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 MULAI OGOS 2021

INFO: BKC – TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 MULAI OGOS 2021

Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat iaitu BKC atau Bantuan Khas COVID-19.

Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk BKC di bawah pakej PEMULIH. Selain itu, PM turut mengumumkan bayaran tambahan BPR yang diumumkan 31 Mei lalu akan mula dibuat secara berperingkat mulai 29 Jun 2021.

i-Citra pula akan disalurkan bermula 2 Ogos ini. Berikut adalah makluman tambahan berkaitan Bantuan Khas Covid-19 yang telah diumukan;

Baca Lanjut

TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (JADUAL BULANAN MULAI OGOS 2021)

INFO: TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (JADUAL BULANAN MULAI OGOS 2021)

Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra bulan pertama ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?

Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.

Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Berikut adalah cara membuat semakan:

Baca Lanjut

PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU PEMULIH RM500 / 3 BULAN (JKM)

INFO: PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU PEMULIH RM500 / 3 BULAN (JKM)

Di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Bantuan Kewangan Khas OKU disediakan oleh Kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Di sini dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Kewangan Khas OKU RM500 di bawah Pakej PEMULIH.

Semoga info ini akan memberi manfaat kepada semua.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP SEHINGGA RM5,000

INFO: PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP SEHINGGA RM5,000

Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) yang ingin membuat permohonan i-Citra KWSP bagi membolehkan pengeluaran sehingga RM5,000, anda boleh memohon kemudahan tersebut mulai 12 Julai 2021.

Untuk makluman, kemudahan pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada pencarum yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Kemudahan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan pelaksanaan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang lalu. Oleh itu, pencarum yang berminat untuk membuat permohonan i-Citra KWSP ini, anda boleh membuat permohonan mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Baca Lanjut