LATAR BELAKANG & KEFAHAMAN KOPERASI (MODUL 1)

LATAR BELAKANG & KEFAHAMAN KOPERASI

Ramai yang masih kurang faham akan fungsi dan manfaat koperasi di negara kita ini. Ada juga yang masih ragu-ragu dan tidak yahin. Oleh itu Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd akan menerangkan serba sedikit kefahaman tentang koperasi kepada orang ramai untuk meningkatkan keyakinan umum terhadap fungsi dan manfaat koperasi ini. Baca Lanjut

KUNJUNGAN HORMAT PUBI PERAK KE PEJABAT YB HASNUL ZULKARNAIN

YB HASNUL ZULKARNAIN SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI, MEDIA, NGO & PEMBANGUNAN KOPERASI MENERIMA BAIK KUNJUGAN HORMAT DELIGRASI AJK PUBI PERAK

Hari ini, 31hb Mei 2018 adalah hari yang sangat bersejarah buat PUBI Perak kerana telah berjaya mengadakan perjumpaan rasmi dengan Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Hasnul Zulkarnain selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Media, NGO & Pembangunan Koperasi di Pejabat beliau di Bangunan SUK Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Baca Lanjut

TAHNIAH! YB HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BERHAD BERKAITAN PELANTIKAN YB HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI & MEDIA, NGO DAN KOPERASI KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

 

  1. PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd merakamkan ucapan TAHNIAH kepada YB Hasnul Zulkarnain Bin. Abd Munain yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa  Pengerusi Komunikasi & Media, NGO & Koperasi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd dengan ini menyokong penuh pelantikan Yang Berhormat dan sangat berbangga di atas pelantikan ini.
  3. Kami sangat berharap Yang Berhormat dapat meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan NGO dan Koperasi serta memberi perhatian yang sangat mengeluruh bagi memastikan NGO dan Koperasi di Negeri Perak khususnya terus maju dan berdaya saing.
  4. Kami juga berharap di bawah pimpinan Yang Berhormat akan membuat penambahbaikan serta mengiktiraf NGO dan Koperasi di Negeri Perak yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri memajukan Negeri Perak.
  5. Semoga NGO dan Koperasi di Negeri Perak mendapat manfaat, bantuan serta peruntukkan yang secukupnya dari Jawatankuasa ini termasuklah pemberian Geran Tahunan Kerajaan Negeri, pembiayaan mahupun pinjaman kepada Koperasi.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

23/05/2018