LATAR BELAKANG & KEFAHAMAN KOPERASI

Ramai yang masih kurang faham akan fungsi dan manfaat koperasi di negara kita ini. Ada juga yang masih ragu-ragu dan tidak yahin. Oleh itu Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd akan menerangkan serba sedikit kefahaman tentang koperasi kepada orang ramai untuk meningkatkan keyakinan umum terhadap fungsi dan manfaat koperasi ini.

SIRI KEFAHAMAN TENTANG KOPERASI & PEMBANGUNAN KOPERASI: MODUL 1 (MAKTAB KOPERASI MALAYSIA)

Sejarah koperasi – di mana, bila, kenapa wujud Bermula ketika Revolusi Perindustrian di Eropah sekitar abad ke-18 Seterusnya menular ke Asia, dan ke tanahair kita pada tahun 1922 Sejak itu sehingga kini, pelbagai cabaran, liku2 serta suka duka telah dilalui dalam penubuhan koperasi di negara kita.

Yang terpenting jika hendak libatkan diri dalam koperasi, perlu faham apa itu koperasi dan definasi koperasi yang juga merupakan salah satu badan ekonomi Koperasi punya nilai dan prinsip2 yang perlu difahami dan diamalkan setiap masa oleh anggota2 koperasi.

Ini yang membezakan antara koperasi dan pertubuhan lain seperti syarikat yang hanyamementingkan keuntungan. Koperasi lebih pentingkan khidmat kepada anggota2nya tanpa menolak untuk menerima keuntungan. Secara ringkasnya bila bercakap mengenai koperasi, kita perlu tahu: sejarah, definasi, apa beza koperasi dengan pertubuhan lain serta prinsip dan falsafah penubuhan koperasi itu sendiri, yang perlu difahami dan diamalkan oleh setiap anggotanya sepanjang masa.

Selamat meneruskan pembelajaran anda dalam modul ini dan modul-modul berikutnya. Dilampirkan video yang disediakan oleh Maktab Koperasi Malaysia untuk meningkatkan kefahaman anda semua tentang koperasi.

Semoga menberi manfaat kepada semua.

Insyallah..

KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan 'Hari Terbuka', click link ini untuk baca lanjut..