CARA MEMOHON RUMAH PERAKKU MAMPU MILIK SERENDAH RM70,000 (2021)

INFO: CARA MEMOHON RUMAH PERAKKU MAMPU MILIK SERENDAH RM70,000 (2021)

Mungkin masih ada yang belum tahu bahawa terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan melalui skim perumahan kerajaan untuk golongan B40 dan M40 di setiap negeri, antaranya Rumah Perakku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ini.

Ia lebih kurang sama dengan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenal Program Rumah Selangorku (RSKU).

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut tentang Projek Perumahan Perakku dan cara membuat permohonan, pendaftaran dan pembelian.

Baca Lanjut

MAIPk PERKENAL BAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

TERKINI: MAIPk PERKENAL BAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

Ipoh: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperkenalkan platform e-dagang Shopee sebagai satu daripada medium pembayaran zakat bermula Jumaat ini untuk memudahkan pembayar.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Shahrul Azam Shaari berkata pemilihan platform e-dagang itu seiring dengan perkembangan terkini berikutan masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

Katanya, para pengguna boleh membayar zakat dengan memilih ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan seterusnya mengikuti langkah-langkah mudah yang disediakan. 

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PERAK

INF0: PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PERAK

Bagi keluarga di Negeri Perak yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah pada tahun 2021, anda boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan daripada Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk).

Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan ini diberikan untuk meringankan beban asnaf di Negeri Perak untuk menanggung persekolahan anak-anak mereka pada sesi persekolahan 2021.

Selain ini, skim bantuan ini juga mampu mengelakkan anak-anak di Negeri Perak tercicir daripada mendapat pendidikan akibat wujudnya kekangan kewangan keluarga.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

Kerajaan negeri Perak tampil dengan satu inisiatif yang patut dipuji. Inisiatif tersebut adalah geran khas sebanyak RM3,000 yang diberikan khas kepada peniaga kecil dan sederhana di negeri Perak.

Program ini dikenali sebagai Geran Usahawan Perak (GeRUP) dan telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak, Datuk Saarani Mohamad pada 18hb Julai 2020 yang lalu.

Melalui Geran khas Gerup ini, ianya akan membantu PKS bumiputera yang berada di negeri Perak untuk memulakan kembali perniagaan mereka setelah menjalani beberapa bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada COVID-19.

Baca Lanjut