CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

Geran Usahawan Perak (GeRUP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membantu PKS Bumiputera di Negeri Perak memulakan semula perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Perak yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19 boleh memohon Geran Prihatin PKS Perak (GERUP) secara dalam talian mulai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata permohonan geran berbentuk “one off” dengan jumlah maksimum RM3,000 itu boleh dibuat sehingga 30 Julai ini menerusi pautan gerup.smecorp.gov.my.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Bank Rakyat Peruntuk RM5.4J BANTU Usahawan

“PKS yang menerima bantuan ini kemudiannya akan dipantau dan dibimbing oleh agensi-agensi keusahawanan negeri Perak bagi memastikan pembangunan kapasiti yang berterusan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan GERUP di Pusat Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Datuk Saarani Mohamad

Beliau berkata antara perbelanjaan yang layak dibiayai melalui bantuan itu adalah kos pemasaran, kos pembelian bahan mentah, pembayaran gaji pekerja, sewa premis perniagaan serta pembelian peralatan.

Menurutnya mana-mana PKS yang menghadapi kekangan dalam membuat permohonan secara dalam talian perlu meminta bantuan daripada 24 agensi pembimbing yang telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Saarani berkata antara agensi yang dilantik adalah SME Corporation Malaysia (SME Corp), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Yayasan Perak, Jabatan Pertanian Negeri Perak, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (TEKUN) dan PKNP.

Selain itu, beliau berkata antara syarat utama untuk memohon adalah syarikat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Jan lepas, jumlah jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau jumlah pekerja kurang daripada lima orang serta tidak pernah menerima Geran Khas Prihatin daripada kerajaan Persekutuan.

Gambar | Facebook SME Corp Perak
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN GeRUP
  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
  • Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
  • Memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang;
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
  • Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
  • Berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing)
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK GeRUP

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari https://gerup.smecorp.gov.my

TARIKH PEMBAYARAN GeRUP
  • Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 1 September 2020.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GeRUP
  • Permohonan berjaya dihantar apabila satu “pop-up” memaparkan “Maklumat Berjaya Disimpan” setelah pemohon menekan butang “Hantar” permohonan.
  • Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan dan juga melalui sms selepas bulan September 2020.
  • Sekiranya permohon tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 3 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya

SOAL LAZIM GeRUP

1. Saya memiliki telefon pintar, tetapi saya tidak mahir membuat permohonan secara dalam talian ?

  • Bagi syarikat yang mempunyai kesukaran untuk membuat permohonan secara dalam talian, dinasihatkan agar berjumpa dengan Agensi Pembimbing PKS Negeri Perak untuk membuat permohonan

2. Saya tidak mempunyai telefon bimbit dan juga komputer. Bagaimanakah cara saya ingin membuat permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) ?

  • Syarikat boleh hadir ke mana-mana pejabat agensi pembimbing untuk bantuan mengisi permohonan

3. Saya tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan. Bagaimana saya hendak tentukan agensi pembimbing yang perlu dipilih ?

  • Anda boleh terus berhubung dengan SME Corp Malaysia pejabat Perak untuk menentukan agensi pembimbing

4. Bilakah permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) ini ditutup ?

  • Permohonan ini akan ditutup pada 30 Julai 2020.

5. Saya adalah penjaja dan mempunyai lesen PBT. Bolehkah saya memohon Geran ini ?

  • Boleh jika anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan

6. Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP). Bolehkah sekiranya saya ingin mencuba memohon geran ini ?

  • Permohonan ini akan DITOLAK.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pertanyaan boleh dibuat dengan menghantar emel kepada perak@smecorp.gov.my atau menghubungi talian 05-529 1621

Sumber: SME Corp