
INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)
Kerajaan negeri Perak tampil dengan satu inisiatif yang patut dipuji. Inisiatif tersebut adalah geran khas sebanyak RM3,000 yang diberikan khas kepada peniaga kecil dan sederhana di negeri Perak.
Program ini dikenali sebagai Geran Usahawan Perak (GeRUP) dan telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak, Datuk Saarani Mohamad pada 18hb Julai 2020 yang lalu.
Melalui Geran khas Gerup ini, ianya akan membantu PKS bumiputera yang berada di negeri Perak untuk memulakan kembali perniagaan mereka setelah menjalani beberapa bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada COVID-19.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Wanita Kongsi Pengalaman Diri Dan 16 Ahli Keluarga Positif Covid-19
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) En Mohamad Rozlan Mohamad Razalli dalam status terkini facebook beliau ada memaklumkan perkembangan terkini Geran Usahawan Perak (GeRUP) di mana seramai hampir 5,000 usahawan mikro, penjaja dan peniaga kecil Negeri Perak telah memohon geran ini dan TELAH DITUTUP PERMOHONAN pada 30 Julai 2020 yang lalu.
Beliau memaklumkan bahawa usahawan yang layak selepas tapisan adalah seramai 1,115 namun dana awal yang diluluskan oleh kerajaan Negeri Perak semasa Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2 yang lalu hanya cukup untuk menampung 300 pemohon pertama yang layak sahaja.
Geran ini adalah fokus kepada usahawan mikro yang tidak mendapat Geran Khas Prihatin 1.0 (GKP) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan melalui Pakej PRIHATIN dulu dan semua permohonan telah dibuat semakan silang bersama LHDN agar tiada penerima GKP 1 atau GKP 2 menerima Geran GeRUP ini.
Juga semua pemohon perlu disokong oleh 24 agensi usahawan yang sama-sama membantu memproses permohonan ini agar hanya mereka yang benar-benar usahawan tulen disokong untuk diluluskan. Bagi 300 pemohon pertama yang berjaya, geran RM3,000 ini telah dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula 20 November 2020 lalu.
Untuk makluman semua juga, YB Dato’ Saarani Mohamad selaku Exco Pembangunan Usahawan Negeri Perak yang amat prihatin dengan nasib usahawan yang terkesan dalam tempoh PKPB ini telah berjaya menyakinkan kerajaan negeri pada minggu lepas untuk meluluskan dana tambahan berjumlah RM2.7juta bagi membantu baki 815 pemohon yang layak dipertimbangkan bagi menerima geran ini yang diumumkan pada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 4.
Bagi mereka yang berjaya, anda akan menerima sms makluman dan jika tiada sebarang sms dan makluman diterima sehingga bulan Disember maka permohonan anda akan dianggap tidak berjaya dan tiada sebarang rayuan boleh dikemukakan (diharap anda memohon Geran GKP 2.0).
Bagi baki pemohon yang layak, anda akan mula menerima pembayaran geran ini bermula 15 Disember 2020. Kesemua 1,115 penerima Geran GeRUP ini juga akan wajib menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan dan Pemasaran Online bagi membantu anda menguruskan kewangan dgn baik selain memasarkan produk dan perkhidmatan dengan menggunakan kaedah baru.
Semoga bantuan geran RM3,000 ini dapat digunakan oleh usahawan-usahawan mikro Perak untuk menghadapi tempoh sukar Covid19 ini.Kami di Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan semua agensi2 usahawan akan cuba membantu anda semua usahawan yang memerlukan bantuan dari pelbagai aspek.
Mohamad Rozlan Mohamad Razalli, Pengerusi Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) Perak.
SYARAT KELAYAKAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP) 2020
Berikut adalah syarat kelayakan Geran Usahawan Perak (GerUP).
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Sekurang-kurangya milikan perniagaan/syarikat 60% daripada bumiputera.
- Tempat perniagaan beroperasi di negeri Perak.
- Merupakan sejenis PKS( jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun dan pekerja pula tidak lebih daripada 5 orang.
- Telahpun beroperasi sebelum 1 Januari 2020 dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Keutamaan akan diberikan kepada PKS yang tidak berjaya menerima Geran Khas Prihatin (GKP) daripada kerajaan Persekutuan.
- Masih menjalankan perniagaan sehingga kini.
- Mendapat perakuan dan disokong oleh 24 agensi/jabatan pembimbing.
24 Jabatan pembimbing yang dimaksudkan itu adalah:
- Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak
- SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
- Jabatan Pertanian Negeri Perak
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Yayasan Perak
- Perbadananan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- TEKUN Nasional (TEKUN)
- Tourism Malaysia Negeri Perak
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (Veterinar)
- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Berhad (Kraftangan)
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- FELCRA Berhad
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
- Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
- Jabatan Belia dan Sukan (JBS)
- Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
- Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK 2020 – TELAH DITUTUP
Permohonan ini boleh dikemukan dengan mengisi dahulu borang pendaftaran Gerup di pautan : https://gerup.smecorp.gov.my/register.php
Selepas selesai mengisi borang permohonan ini, anda bolehlah login ke dalam sistem GERUP pada pautan : https://gerup.smecorp.gov.my/login.php

NOTA: Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 30 Julai 2020.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)
Bagi usahawan mikro yang ingin mengetahui status permohonan Geran RM3,000 ini, anda semua boleh klik link berikut :https://gerup.smecorp.gov.my/result.php

KOMEN TERKINI