MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPSYA KALI-11

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 24hb Mei 2025 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-11 telah diadakan secara hibrid di mana seramai 770 Anggota perwakilan telah menghadiri mesyuarat tersebut sama ada secara di dalam talian menggunakan platform Zoom atau bersemuka/fizikal.

Bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang diadakan secara bersemuka ianya telah berlangsung dengan jayanya bertempat di di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-11 ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Baha Bin Abd Rahman yang juga merupa Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA JURUAUDIT KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK. 

Terkini pada 23hb Mei 2025 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan turut disertai oleh En Haizul Fakarudin, Setiausaha Koperasi dan En Mohamad Firdaus selaku Bendahari Koperasi.

Manakala mewakili pihak juruaudit luar adalah wakil daripada ARA Associates iaitu En. Rahim dan Pn Nurul. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk meneliti dan memperhalusi pertemuan audit bagi tahun kewangan 2024 serta mengadakan perbincangan berkaitan draf laporan pengauditan akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

BOOTH PAMERAN PERKHIDMATAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Mei 2025 yang lalu KOPUBI Perak Berhad sekali lagi tampil aktif dan proaktif dalam menyampaikan maklumat serta mempromosikan produk berkaitan perancangan harta pusaka melalui Booth Pameran Perkhidmatan MyANGKASA Amanah Berhad yang telah dibuka sempena kejohanan sukan di salah sebuah sekolah di Bandar Ipoh.

Booth ini telah dikendalikan oleh Team Pemasaran MyAngkasa Amanah Berhad di bawah seliaan terus oleh KOPUBI Perak Bhd yang juga merupakan rakan strategik dalam pemasaran produk MyANGKASA Amanah di Negeri Perak.

Melalui pameran ini, para pengunjung terutamanya golongan pendidik, ibu bapa dan penjawat awam telah diberi pendedahan penting tentang keperluan menyediakan wasiat semasa hayat, serta kesannya yang amat besar kepada kelangsungan harta dan nasib waris selepas berlakunya kematian.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb Mei 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Station 18, Ipoh Perak. Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Untuk makluman, ini adalah perjumpaan bulanan yang diadakan melibatkan Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd bagi melaksanakan usahasama strategik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut