KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb Mei 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Station 18, Ipoh Perak. Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Untuk makluman, ini adalah perjumpaan bulanan yang diadakan melibatkan Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd bagi melaksanakan usahasama strategik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Mesyuarat Ahli Lembaga Kopubi Bil 01-2025

Antara yang dibincangkan di dalam perjumpaan ini adalah strategi pemasaran KOPUBI Perak Bhd serta gerak kerja yang akan dilaksanakan bagi tahun 2025 ini.

Pada perjumpaan ini juga, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah menyampaikan insentif-insentif yang ditawarkan oleh KOPUBI kepada semua Wakil Team MAAB-KOPUBI.

Terdapat dua insentif iaitu ‘Recruitment Incentive 2025’ yang telah dimenangi oleh En. Haizul manakala satu lagi insentif iaitu Pengiktirafan Pengurus Pemasaran terbaik bagi Bulan April 2025 juga telah dimenangi oleh En. Haizul.

Semoga dengan pemberian insentif ini akan menyemarakkan lagi semangat serta memberi galakan kepada wakil-wakil dimelaksanakan tanggungjawab sebagai Perunding Perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat di bawah syarikat MyAngkasa Amanah Bhd dan KOPUBI Perak Bhd.

KOPUBI Perak Bhd sangat komited untuk memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.

 ‘Recruitment Incentive 2025’ dan Pengiktirafan Pengurus Pemasaran terbaik bagi Bulan April 2025 telah dimenangi oleh En. Haizul.

KOPUBI Perak Bhd dengan ini secara tidak langsung akan menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.

Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia