
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 24hb Mei 2025 yang lalu KOPUBI Perak Berhad sekali lagi tampil aktif dan proaktif dalam menyampaikan maklumat serta mempromosikan produk berkaitan perancangan harta pusaka melalui Booth Pameran Perkhidmatan MyANGKASA Amanah Berhad yang telah dibuka sempena kejohanan sukan di salah sebuah sekolah di Bandar Ipoh.
Booth ini telah dikendalikan oleh Team Pemasaran MyAngkasa Amanah Berhad di bawah seliaan terus oleh KOPUBI Perak Bhd yang juga merupakan rakan strategik dalam pemasaran produk MyANGKASA Amanah di Negeri Perak.
Melalui pameran ini, para pengunjung terutamanya golongan pendidik, ibu bapa dan penjawat awam telah diberi pendedahan penting tentang keperluan menyediakan wasiat semasa hayat, serta kesannya yang amat besar kepada kelangsungan harta dan nasib waris selepas berlakunya kematian.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kopsya Kali-11
Ramai yang masih belum menyedari bahawa tanpa dokumen seperti wasiat, proses urus pusaka boleh menjadi amat rumit, memakan masa dan memberi tekanan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd turut berkongsi info mendalam mengenai produk-produk utama seperti MyWasiat, MyHibah, MyPusaka dan MyAmanah Pusaka Care, serta menerangkan dengan jelas kepentingan melantik wasi atau pentadbir yang sah bagi memudahkan proses pengurusan harta dan pusaka mengikut undang-undang yang betul.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat terus kepada masyarakat, malah menjadi satu bentuk nilai tambah khusus buat golongan guru dan ibu bapa yang sering kali terlepas pandang soal pengurusan harta masa hadapan kerana kesibukan kerjaya dan komitmen keluarga.
Bagi KOPUBI Perak Bhd, penyertaan ini juga memberikan impak positif dari segi menjana perolehan dan pendapatan koperasi melalui pemasaran produk-produk yang sah dan patuh syariah.
Ia turut memperkukuh sokongan koperasi terhadap usaha ANGKASA dalam menggerakkan produk koperasi ke tengah-tengah masyarakat.

Sebagai koperasi yang komited menyokong gerakan koperasi dan pembangunan komuniti, KOPUBI Perak Bhd melihat pendekatan turun padang ini sebagai antara kaedah paling berkesan dalam menyampaikan informasi yang kritikal serta menyantuni keperluan sebenar masyarakat setempat.
Usaha kecil ini akan memberi impak yang besar kepada kesedaran perancangan masa depan dan menjadi titik mula kepada lebih ramai yang cakna serta bersedia menghadapi kemungkinan.
Semoga dengan adanya perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Dengan izinNYa KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah.
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia



KOMEN TERKINI