
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 18hb Jun 2023 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd KOPUBI Kali-5 bertempat di Bangunan UTC Perak, Jalan Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.
Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dengan baik selaras dengan peruntukkan undang-undang kecil penubuhan koperasi serta aturan-aturan yang telah ditetapkan dan telah dipengerusikan oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.
Turut hadir adalah barisan Ahli Lembaga Koperasi serta anggota koperasi seramai 137 orang dan untuk makluman semua mesyuarat ini turut diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Google Meet.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI