INFO: BPR 2021 – SEMAKAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN (SEPTEMBER 2021)
Bagi pemohon yang telah membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, semakan permohonan rayuan boleh dibuat mulai 18 September 2021.
Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan semakan rayuan ini adalah bagi mereka yang telah membuat rayuan bagi status gagal sebelum ini yang dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Untuk makluman, pembayaran bagi rayuan BPR melibatkan seramai 200 ribu penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta. Selain itu juga, individu yang lulus rayuan BPR juga layak memohon Jaringan Prihatin dan tarikh akhir penebusan adalah pada 30 September 2021.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0: Tunai RM150 & Baucar Tiket RM50
INFO TERKINI: BPR Fasa 3 – Semakan Baki Bayaran Mulai 28 Sept Mengikut Kategori, Klik link ini untuk info lanjut –>
KOD ALASAN TIDAK LULUS & DOKUMEN SOKONGAN
Sebelum ini, permohonan rayuan BPR dibuka bagi individu status tidak lulus dan perincian kod alasan adalah seperti berikut:
Kod | Alasan | Dokumen Sokongan Diperlukan |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/Nombor Pengenalan/Status Kewarganegaraan | MyKAD Pemohon |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | MyKAD/MyPR/MyKAS Pasangan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | -MyKAD/MyKID Anak; dan – Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan) |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | -MyKAD/MyKID Anak; dan – Sijil Lahir Anak Angkat (bagi pengesahan status Kewarganegaraan) |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan | Dokumen Pengenalan Pasangan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang | – Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas |
07 | Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa | Pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi tahun 2020/2021 |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000 | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM2,500 | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
10 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
11 | Pemohon/pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian | – Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021; atau – Sijil Pendaftaran Perniagaan sekiranya tidak lulus disebabkan pemohon dan pasangan mempunyai perniagaan yang sama. |
12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
14 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) | – Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau – Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan |
16 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) | – Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau – Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan |
17 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 | Tidak perlu sebarang pembuktian Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi | Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian | – Penyata KWSP pemohon bagi tahun 2020 (jika terdapat potongan satu bulan dalam tahun 2020, boleh dipertimbangkan); atau – Penyata Pendapatan Tahunan pemohon (EA / EC) tahun 2020 yang dikeluarkan oleh majikan di Malaysia; atau – Bil utiliti bagi tahun 2021 atas nama pemohon. |
20 | Semakan mendapati anak pemohon/pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi | Tidak layak rayuan BPR 2021 kerana anak berpendapatan tinggi dan telah membuat tuntutan pelepasan cukai untuk ibu bapa. |
21 | Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Status Kahwin – MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan) |
22 | Pemohon wujud sebagai anak di permohonan lain | Sijil Lahir Pemohon |
23 | Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain | Status Kahwin – MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan) |
24 | Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Status Kahwin – MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan) |
25 | Pasangan wujud sebagai anak di permohonan lain | Sijil Lahir Pasangan |
26 | Anak telah membuat permohonan lain | Anak berkenaan tidak layak dipertimbangkan |
27 | Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Anak berkenaan tidak layak dipertimbangkan |
29 | Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan | -MyKAD Pemohon; dan – MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
30 | Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap | -MyKAD Pemohon; dan – MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
31 | Status perkahwinan perlu pengesahan | – MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan | – Sijil/Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Tuai Rumah/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan – Sijil Lahir Anak (jika melaporkan maklumat anak dalam permohonan) |
33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan | – Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; dan – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan); atau – Sijil Perkahwinan (pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia) |
35 | Anak meninggal dunia | Anak berkenan tidak layak dipertimbangkan |
36 | Pemohon/pasangan penerima GKP | Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
37 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM5,000 termasuk perniagaan | Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021 |
38 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan | -Slip gaji Mac/April 2021; atau – Akuan pengesahan pendapatan. |
39 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan termasuk perniagaan | Pengesahan pendapatan – Slip gaji Mac / April 2021; atau – Akuan pengesahan pendapatan Pengesahan pemilikan perniagaan – Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021 |
CARA MEMBUAT SEMAKAN
Untuk membuat semakan status rayuan BPR, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
- Klik bahagian ‘Semakan Status.’
- Status permohonan rayuan dipaparkan.
TARIKH PEMBAYARAN
Bagi mereka yang lulus rayuan BPR, pembayaran BPR akan dilakukan pada penghujung bulan September 2021.
PERTANYAAN LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut mengenai rayuan BPR 2021, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari laman web https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat untuk mendapat maklumat lanjut.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI