SKIM PERUBATAN MADANI SEMAKAN KELAYAKAN & RAWATAN PERCUMA

INFO-SKIM PERUBATAN MADANI, MANFAAT KESIHATAN RAKYAT

Skim Perubatan MADANI yang memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40, telah bermula 15 Jun 2023 manakala Fasa 2 pula akan bermula pada minggu ke-2 Ogos 2023.

Ini merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

Baca Lanjut

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE (MYJPJ / MYSIKAP)

INFO – CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE (MYJPJ / MYSIKAP)

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lesen memandu kini boleh dibaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, bermula 8 Mei 2023.

Beliau berkata, lesen yang boleh dibaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah mempunyai tempoh sah laku tidak lebih setahun.

Pembaharuan lesen 10 tahun itu juga akan dikenakan fi istimewa, iaitu percuma untuk tahun ke-10, tambahnya.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA JURUAUDIT KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 04hb Mei 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI).

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En Haizul Fakarudin mewakili pihak juruaudit luar adalah wakil daripada ARA Associates iaitu En Rahim dan Pn Nurul.

Melalui pertemuan ini, pihak KOPUBI Perak Bhd telah bersetuju untuk melantik firma audit ini untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahun 2022 dan ini adalah kali pertama firma ini mengaudit akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd. ARA Associate adalah salah sebuah firma juruaudit koperasi yang sangat berpengalaman di dalam bidang pengauditan kewangan dan telah mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Baca Lanjut