INFO – CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE (MYJPJ / MYSIKAP)

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lesen memandu kini boleh dibaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, bermula 8 Mei 2023.

Beliau berkata, lesen yang boleh dibaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah mempunyai tempoh sah laku tidak lebih setahun.

Pembaharuan lesen 10 tahun itu juga akan dikenakan fi istimewa, iaitu percuma untuk tahun ke-10, tambahnya.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Kredit Etunai Rm100 Untuk B40, M40: Tarikh & Penebusan

“Orang ramai akan dibenarkan memperbaharui lesen antara satu sehingga 10 tahun, namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10.”

Menurut Loke, inisiatif ini hanya sah untuk warganegara Malaysia.

Sebelum ini, lesen memandu boleh dibaharui setiap tahun atau maksimum lima tahun.

HARGA MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU

Harga untuk renew lesen ialah RM30 setahun.

Namun bagi pembaharuan selama tempoh 10 tahun, akan mendapat kadar bayaran khas RM270.

Selain itu, pemegang lesen memandu Malaysia yang telah tamat tempoh kini dibenarkan membaharui lesen tanpa perlu menjalani ujian semula.

CARA DAFTAR MYJPJ

Bermula 1 Ogos 2023 pada hari selasa. Pihak JPJ tidak akan mengeluarkan roadtax fizikal lagi.

Pihak JPJ akan habiskan disk roadtax yang sedia ada & lepas tu jalankan roadtax digital secara menyeluruh. Pastikan anda download aplikasi MyJPJ bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.

  1. Download apps MyJPJ
  2. Daftar masuk baharu
  • No Kad Pengenalan
  • Nama Pemilik
  • Masukkan nombor telefon
  • No rujukan : tinggalkan kosong
  • No Siri lesen memandu : rujuk belakang lesen memandu

(SEKIRANYA Pemilik tiada lesen memandu, perlu ambil no rujukan di Kaunter JPJ ok)Masukkan email aktif,Mesti aktif sebab password sementara akan masuk di email.

  • Jawab security question (ada 3 soalan)
  • Setelah berjaya , semak email untuk password sementara.
  • Pergi ke apps semula dan masukkan username dan password sementara.
  • Ikut arahan seterusnya untuk tukar password baru.
  • Jika berjaya masuk, boleh semak butiran saman JPJ, Lesen Memandu dan roadtax kenderaan secara online.
  • Selamat mencuba. Boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk memudahkan anda.

MUAT TURUN APLIKASI MYJPJ

Pautan Muat Turun Aplikasi_Myjpj

Google playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
Apple app store: https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE (MYSIKAP / MYJPJ)

Tahukah anda, kini anda boleh memperbaharui lesen memandu secara online sahaja tanpa perlu ke pejabat atau kaunter JPJ lagi.

Mudah, pantas & jimat masa!

Berikut perkongsian di Laman web PUBI ini tentang cara renew lesen memandu online melalui laman web MySikap.

LANGKAH 1

Pergi ke lawan web MySikap JPJ.

URL mySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  • ID pengguna adalah nombor IC anda
  • Masukkan kata laluan/password
  • Kod sekuriti adalah aksara yang dipaparkan dalam kotak di bawah

LANGKAH 2

Pergi ke menu utama – “Lesen Memandu”

Kemudian pilih menu seterusnya – “Pembaharuan Lesen Memandu”

LANGKAH 3

Kemudian anda akan dibawa ke laman Carian.

Sila pilih dari drop down menu, “Lesen Memandu Kompeten” untuk Jenis Lesen.

Di bawahnya ada pilihan tempoh. (*Baru test tadi, dah ada pilihan untuk renew 10 tahun di MySikap.)

Kemudian klik butang “Cari”

LANGKAH 4

Kemudian laman web ini akan paparkan maklumat lesen anda beserta jumlah bayaran, rate biasa RM30 setahun untuk kelas B2 dan D.

Dekat sini juga akan ada pilihan “Gambar”.

LANGKAH 5

Pilih Kaedah Pembayaran, anda boleh menggunakan kad kredit atau FPX iaitu online banking.

Dah pilih, klik Bayar kat bawah tu. Pastikan dan disable popup blocker ya.

Selepas transaksi berjaya, anda akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis “sila ambil lesen anda di JPJ”.

Kalau ada masa boleh pergi, kalau tak, anda boleh juga mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang “Cetak Lesen Memandu e-LM”

LANGKAH 6

Untuk dapatkan lesen digital, buka apps MyJPJ > Profil > klik butang “Jana Semula”

Taddaaaa, settle dah hal renew lesen korang.

Selamat mencuba!

PERTANYAAN

Sebarang Pertanyaan dan info lanjut sila layari laman web Cara Renew Lesen Memandu Online (Mysikap / Myjpj) dipautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS