INFO-SKIM PERUBATAN MADANI, MANFAAT KESIHATAN RAKYAT

Skim Perubatan MADANI yang memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40, telah bermula 15 Jun 2023 manakala Fasa 2 pula akan bermula pada minggu ke-2 Ogos 2023.

Ini merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Intipati Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat

PENGENALAN

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Fasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

JENIS RAWATAN PERCUMA SKIM PERUBATAN MADANI

  • Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
  • Demam dan selsema.
  • Cirit-birit dan muntah.
  • Terseliuh.
  • Sakit kepala.
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
  • Imunisasi rutin.
  • Saringan kesihatan.
  • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin.
  • Rawatan susulan ibu dan anak rutin.
  • Perancangan keluarga rutin.
  • Perkhidmatan rehabilitasi.
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor.
  • Permintaan suplemen.

LOKASI SKIM PERUBATAN MADANI

Lokasi Program Rintis ini akan bermula di 10 daerah berikut:

  • Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor)
  • Kuala Lumpur
  • Kinta (Perak)
  • Timur Laut (Pulau Pinang)
  • Johor Bahru (Johor)
  • Kota Kinabalu (Sabah)
  • Kuching (Sarawak)

TERKINI: SKIM PERUBATAN MADANI KINI MEMASUKI FASA 2

Bagi Fasa 2, sasaran pelaksanaan akan bermula minggu ke-2 Ogos 2023 bagi kawasan berikut:

  • Kota Setar, Kedah
  • Kuala Muda, Kedah
  • Kuala Terengganu
  • Kuala Nerus, Terengganu

Manakala sasaran pelaksanaan bermula minggu ke-4 Ogos 2023 bagi kawasan berikut:

  • Perlis
  • Kota Bharu, Kelantan
  • Pasir Mas, Kelantan
  • Kuantan, Pahang
  • Melaka Tengah
  • Seremban, Negeri Sembilan
  • Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Lokasi lain akan ditambah melibatkan kawasan yang mengalami kesesakan di hospital awal bermula September 2023 pada Fasa 3.

SYARAT KELAYAKAN

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.

Kelayakan adalah secara automatik.

Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

SEMAKAN KELAYAKAN

Bagi pengguna MySejahtera, anda boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.

Paparan seperti di bawah akan muncul pada HOME page MySejahtera anda:

Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.

Sila rujuk senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini melalui carian seperti di paparan berikut:

Sila tekan Carian Klinik untuk semakan.

Semakan kelayakan secara online juga boleh dibuat melalui pautan berikut : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

Projek rintis Skim Perubatan MADANI ini hanya melibatkan klinik di daerah yang terpilih mulai 15 Jun 2023.

CARA MENDAPATKAN RAWATAN PERCUMA SKIM PERUBATAN MADANI

  1. Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
  2. Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik
  3. Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
  4. Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

TEMPOH SAH LAKU

Inisiatif ini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Sebarang Pertanyaan dan info lanjut sila layari laman web Skim Perubatan Madani dipautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS