CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE (MYJPJ / MYSIKAP)

INFO – CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE (MYJPJ / MYSIKAP)

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lesen memandu kini boleh dibaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, bermula 8 Mei 2023.

Beliau berkata, lesen yang boleh dibaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah mempunyai tempoh sah laku tidak lebih setahun.

Pembaharuan lesen 10 tahun itu juga akan dikenakan fi istimewa, iaitu percuma untuk tahun ke-10, tambahnya.

Baca Lanjut

PEMANDU MABUK: MOT, JPJ AKAN TELITI PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

PEMANDU MABUK: MOT, JPJ AKAN TELITI PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

KUALA LUMPUR: Satu sesi taklimat di Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diadakan pada 1 Jun ini bagi meneliti dan menyemak semua cadangan berkaitan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam catatan Facebook rasmi beliau memaklumkan pindaan akta itu khususnya adalah berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah, memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

“Pindaan akta ini mestilah dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan sebelum ia dibentangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya menerusi catatan itu.

Baca Lanjut