INFO- DUIT KERTAS ROSAK JANGAN BUANG, INI CARA TUKAR DI BANK

Jangan buang wang kertas atau duit syiling rosak anda!

Anda boleh tukar wang kertas yang rosak tetapi nilai pertukaran bergantung pada keadaannya.

Wang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Perak Corp Jual Dua Bidang Tanah Pada Harga Rm23.25 Juta

Selain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama.

Jika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama.

Namun, terdapat pelbagai kes di mana wang kertas menjadi rosak dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.

STANDARD KUALITI WANG KERTAS DALAM EDARAN

Wang kertas yang bersih/sesuai memudahkan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan.

Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria yang berikut:

  • Tulen dan bukan palsu.
  • Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya.
  • Bersih secara keseluruhannya atau tidak terlalu kotor.
  • Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong.
  • Tidak berconteng.

GARIS PANDUAN PERTUKARAN NILAI DUIT KERTAS ROSAK

i) Kes Wang Kertas Rosak Yang Jelas Nilainya.

Anda boleh menukar wang kertas rosak di mana-mana institusi kewangan atau Bank Negara Malaysia.

Namun, nilainya adalah bergantung kepada keadaan duit tersebut.

Bagi kes wang kertas rosak yang JELAS NILAINYA ini, anda akan diberikan ganti nilai pada HARI YANG SAMA.

Umumnya, kadar wang masih diterima untuk pertukaran dengan nilai asal adalah bagi wang rosak yang memiliki ciri berikut:

  • Saiz mata wang yang rosak ialah dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal.
  • Tidak mengandungi sebarang tanda pada potret DYMM Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang menggambarkan slogan politik.
  • Tidak rosak kerana tanda atau tulisan perkataan, angka dan lain-lain.

ii) Kes Wang Kertas Rosak Yang Kurang Jelas Nilainya

Bagi sesetengah kes wang kertas rosak yang KURANG JELAS NILAINYA seperti di bawah, wang perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian.

Nilai akan dikembalikan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian.

CARA TUKAR DUIT KERTAS ROSAK

Duit kertas / wang syiling yang rosak boleh ditukar di mana-mana institusi kewangan.

Sebarang Pertanyaan dan info lanjut sila layari laman web Bank Negara Malaysia dipautan https://www.bnm.gov.my/

Atau

Sila hubungi Bank Negara Malaysia melalui saluran berikut:

Jabatan Pengurusan & Operasi Matawang

Bank Negara Malaysia

Jalan Dato’Onn

50480 Kuala Lumpur

Telefon: 03-26988044 samb. 7284 / 7307 / 8252 / 8278

Faksimile: 03-26913410 / 03-26915859

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS