SEMAK STATUS BAYARAN & KELULUSAN i-SINAR KWSP KATEGORI 2 (8 MAC 2021)

INFO: SEMAK STATUS BAYARAN & KELULUSAN i-SINAR KWSP KATEGORI 2 (8 MAC 2021)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

KWSP juga memaklumkan kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan kepada permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tersebut.

Kelulusan automatik bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 ini dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang menyatakan pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.

Baca Lanjut

KEMASKINI GKP 1.0 DAN 2.0 UNTUK YANG GAGAL KREDIT (MULAI 15 FEBRUARI)

INFO: KEMASKINI GKP 1.0 DAN 2.0 UNTUK YANG GAGAL KREDIT (MULAI 15 FEBRUARI)

Untuk makluman bagi penerima GKP 1.0 dan 2.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 15 Februari ini.

Hal ini dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui sebuah siaran di Facebook.

Baca Lanjut

GKP PERMAI: SEMAKAN BAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000 (MAC 2021)

INFO: GKP PERMAI: SEMAKAN BAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000 (MAC 2021)

GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

Baca Lanjut

SEMAK STATUS i-SINAR KATEGORI 2 & TARIKH PEMBAYARAN (25 FEBRUARI 2021)

INFO: SEMAK STATUS i-SINAR KATEGORI 2 & TARIKH PEMBAYARAN (25 FEBRUARI 2021)

Bagi orang ramai yang telah memohon kemudahan i-Sinar bagi kategori 2, anda kini boleh membuat semakan status permohonan anda secara atas talian.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa orang ramai boleh membuat semakan status permohonan kemudahan i-Sinar bagi kategori 2 mulai 8 Februari 2021 bermula jam 8.00 pagi.

Oleh itu, bagi orang ramai yang telah membuat semakan sebelum ini dan mendapati bahawa permohonan mereka diluluskan, mereka perlu membuat semakan sekali lagi.

Baca Lanjut