
INFO: GKP PERMAI: SEMAKAN BAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000 (MAC 2021)
GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: 13 Jenis Bantuan Pinjaman Mara Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon
Berikut adalah maklumat lanjut tentang GKP Tambahan atau GKP Permai 2021.

APAKAH GKP PERMAI / GKP TAMBAHAN RM1,000?
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Tarikh Permohonan & Kelayakan;
Tarikh permohonan dibuka belum dimaklumkan, namun dalam kenyataan rasmi oleh LHDN, GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
- PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
- PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
Tarikh Bayaran GKP Permai;
Tarikh bayaran bagi Geran Khas Prihatin Tambahan ini adalah pada Mac 2021.
Manakala, bagi kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu amaun tersebut akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang telah didaftarkan pada permohonan Geran Khas Prihatin sebelum ini.
Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Maklumat Lanjut;
Untuk maklumat lanjut berhubung Geran Khas Prihatin Permai / Tambahan ini, sila rujuk FAQ rasmi oleh LHDN di pautan berikut:
Sumber: eCentral
KOMEN TERKINI