SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA, PERLINDUNGAN INSURANS GOLONGAN MISKIN

INFO : SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA, PERLINDUNGAN INSURANS GOLONGAN MISKIN

Selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan, Perdana Menter Malaysia telah berbesar hati memperkenalkan Skim Insurans Keluarga Malaysia.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini bakal memberikan manfaat perlindungan sosial dan insurans kepada lebih 268,000 buah keluarga terutamanya dari golongan miskin dan miskin tegar.

Bagi memastikan Skim Insurans Keluarga Malaysia ini dmanfaatkan oleh golongan yang layak, perlindungan ini hanya diberikan kepada keluarga dimana Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar dengan sistem eKasih sahaja.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2022

INFO: PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2022

Usahawan belia Bumiputera kini berpeluang mendapatkan latihan dan geran di bawah SME Corp menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) 2022.

TUBE merupakan inisiatif kerajaan yang diwujudkan pada tahun 2014 semasa Kongres Usahawan Muda Bumiputera bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. 

Selain itu, program ini juga menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Baca Lanjut

PERANTISISWA 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN

INFO: PERANTISISWA 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN

PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.

Pakej ini diwujudkan memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.

Initiatif terbabit akan diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kewangan dan juga beberapa syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF BIZ MAN UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU

INFO: PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF BIZ MAN UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU

Permohonan Bantuan Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Insentif Biz Man untuk usahawan lelaki dan Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka.

Insentif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Perak ini disediakan kepada usahawan lelaki dan OKU melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak.

Bantuan ini diwujudkan bagi  membantu usahawan lelaki dan OKU untuk memajukan perniagaan mereka menerusi bantuan peralatan yang disediakan.

Baca Lanjut