PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA: PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

INFO: PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA – PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

Para usahawan kini boleh memohon pembiayaan mikro kredit melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu BSN Micro Pemerkasa.

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu mengumumkan pelaksanaan 20 inisiatif Pemerkasa yang mana inisiatif ke-6 yang diumumkan adalah kemudahan mikro kredit kepada para usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta.

Salah satu kemudahan mikro kredit yang ditawarkan menerusi Pemerkasa adalah BSN Micro Pemerkasa dengan dana sebanyak RM300 juta bagi usahawan mikro dan PKS yang layak dan diuruskan oleh BSN.

Baca Lanjut

GKP PERMAI: TARIKH BAYARAN TAMBAHAN RM1,000 MULAI 25 MAC 2021

INFO: GKP PERMAI – TARIKH BAYARAN TAMBAHAN RM1,000 MULAI 25 MAC 2021

GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Terkini, turut diumumkan GKP 3.0 (PEMERKASA) sebanyak RM1,000 dan tarikh bayaran terkini GKP (PERMAI) mulai 25 Mac 2021.

Semakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi Geran Khas Prihatin bermula 24 Mac ini.

Baca Lanjut

eBELIA PEMERKASA: PENEBUSAN KREDIT eWALLET SEBANYAK RM150 SEORANG

INFO: eBELIA PEMERKASA – PENEBUSAN KREDIT eWALLET SEBANYAK RM150 SEORANG

Golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia bakal menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu iaitu Pemerkasa yang mengandungi 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19.

Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah Program eBelia yang bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI AMAUN PENGELUARAN i-SINAR (8 MAC 2021)

INFO: PERMOHONAN BARU & KEMASKINI AMAUN PENGELUARAN i-SINAR (8 MAC 2021)

Mulai 8 Mac 2021, ahli KWSP yang berminat untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 anda boleh berbuat demikian melalui permohonan baru i-Sinar.

Bagi ahli yang sudah membuat permohonan sebelum ini dan berminat untuk tukar amaun pengeluaran, anda boleh kemaskini permohonan sedia ada dengan membuat pindaan amaun yang dibenarkan.

Namun pindaan hanya dibenarkan satu kali sahaja.

Baca Lanjut