PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0 BANK RAKYAT: DANA USAHAWAN ASNAF

INFO: PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0 BANK RAKYAT – DANA USAHAWAN ASNAF

Bank Rakyat Malaysia Berhad telah menawarkan satu program bagi membantu usahawan asnaf di Malaysia melalui program RAKYATpreneur 2.0.

Untuk makluman, program RAKYATpreneur 2.0 adalah kesinambungan daripada program RAKYATpreneur 1.0 yang dilancarkan pada September 2021 yang berjaya meningkatkan hasil jualan perniagaan 20 usahawan sehingga 30% kurang dari enam bulan.

Program ini bertujuan membantu usahawan asnaf yang berpotensi tinggi dengan memberikan suntikan dana serta latihan keusahawanan dan pemantauan berterusan bagi membangunkan perniagaan mereka.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA: PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

INFO: PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA – PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

Para usahawan kini boleh memohon pembiayaan mikro kredit melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu BSN Micro Pemerkasa.

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu mengumumkan pelaksanaan 20 inisiatif Pemerkasa yang mana inisiatif ke-6 yang diumumkan adalah kemudahan mikro kredit kepada para usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta.

Salah satu kemudahan mikro kredit yang ditawarkan menerusi Pemerkasa adalah BSN Micro Pemerkasa dengan dana sebanyak RM300 juta bagi usahawan mikro dan PKS yang layak dan diuruskan oleh BSN.

Baca Lanjut

BANK RAKYAT PERUNTUK RM5.4J BANTU USAHAWAN

Gambar – Berita Harian

INFO: BANK RAKYAT PERUNTUK RM5.4J BANTU USAHAWAN

GEORGETOWN: Menyedari kesukaran dihadapi usahawan susulan penularan pandemik COVID-19, Bank Rakyat mengambil langkah menawarkan pelbagai insentif bagi memberi peluang hidup baharu kepada golongan itu.

Sepanjang April hingga Jun lalu, Bank Rakyat memperuntukkan RM5.4 juta kepada 26 usahawan wilayah utara menerusi kempen BizCare dan BizLady untuk membantu golongan terbabit.

Bank Rakyat memperuntukkan RM250 juta menerusi BizCare manakala selebihnya RM50 juta untuk usahawan wanita di bawah BizLady.

Baca Lanjut